Monday, February 2, 2015

Yang Tersirat Di Sebalik Konflik PAS dan DAP

Yang tersirat di sebalik konflik ini ialah DAP menggila bila merasa kuat, PAS pula menjadi bahan belasan.

Ini jelas, selain tuduhan tuduhan tidak berasas sebelum ini, sepertinya Kelantan negeri yang tidak bertamadun dan yang terbaru seolah olah negeri Kelantan tidak ada pemerintah, ekoran kegagalan PAS mengurus banjir di negeri berkenaan. 

Sebelum mereka DAP  mengutarakan pilihanraya PBT, sudah tu mereka fikirkan masak masak. Mahu tidak mahu DAP akan melaksanakannya, soal PAS letak tepi. Lawan lawan tidak tahan keluar.

DAP berpendapat undi Melayu PAS tidaklah mahal mana. Penyokong setia PAS, tidak selamanya setia kepada PAS kalau selamanya mereka tidak terurus. Manakala pengundi muda Melayu atas pagar tidak akan memihak PAS, paling pun ada mereka akan memihak PKR terkecuali mereka yang sudah pencen. Alsebab itulah DAP, main cakap samborono dan PAS hanya mampu menepis biar nampak melawan walaupun tidak berkeupayaan.

Pada kita kan PBT bukanlah isu kalau memang PAS dan DAP sebulu di dalam PR, apa lagi sebelum ini PAS tidak memperjuangkan bangsa tapi agama. Tapi sekarang PAS berkira kira soal bangsa ekoran ura ura DAP akan mengadakan pilihanraya PBT di Pulau Pinang, memandangkan kaum Cina lebih ramai di negeri berkenaan. Bercelaru bukan.?

Persoalan. Katakanlah DAP tegas meneruskan pilihanraya PBT di Pulau Pinang, sanggup kah PAS terus kekal bersama PR hanya kerana mengelak dari berkerjasama dengan UMNO. Kalau kekal, bagaimana pula pendapat penyokong PAS, tidak kah mereka merasa tertipu, rupanya tahayul siasah hanyalah momokkan politik demi mendapatkan keuntungan.

Ini bukan kali yang pertama PAS dan DAP bertelagah, tapi akhirnya tetap menjalinkan kerjasama di dalam PR. Kita harap pada kali ini, segala konflik di antara mereka akan membuahkan hasil dimana PAS bersekutu dengan UMNO. Paling tidak, penyokong PAS pula memihak UMNO.?


No comments: