Friday, February 20, 2015

Kenapa PM Tidak Menjawab Soalan Pemberita Pasal Sirul.

Ada PM Najib Razak mengangkat sumpah sebagai penafian yang beliau tidak terlibat dengan sebarang konspirasi terhadap kematian Altantuya. Itu menunjukkan beliau berada di pihak yang benar, tidak seperti seorang pemimpin tu hingga ke akhirnya enggan membela dirinya walaupun cukup sebagai pengetahuan umum.

Walaubagaimanapun sikap berani kerana benar PM Najib Razak telah diputar belit oleh segelintir pengamal media terutamanya pro pembangkang. Ekoran keengganan beliau menjawab soalan dari wartawan pro pembangkang pasal kenyataan terbaru Sirul. Kononnya dengan itu PM Najib Razak ada terlibat sebab itulah beliau tidak berani menjawab soalan pemberita.

Mengikut dakwaan Sirul ada individu yang mengarahkannya untuk membunuh Altantuya tapi individu berkenaan bebas dari sebarang hukuman mahkamah. Kini Sirul berada dalam tahanan Imigresen di Australia, sebab lari dari menjalani hukuman mati selepas mahkamah mendapati dia dan seorang lagi bertanggungjawab keatas kematian Altantuya.

Pertama tama yang harus kita faham kenapa PM Najib Razak tidak menjawab soalan sampah wartawan berkenaan sebaliknya di tong sampahkan ialah sebab dengan sengaja soalan yang diajukan cuba dikaitkan dengan dirinya tidak bersifat kepentingan umum.

PM Najib sedar sedikit jawapan yang menjurus kepada soalan akan ditukar kepada keuntungan politik yang di dibelit bagi membenarkan apa yang di dakwa oleh Sirul. Soalan berbau muslihat.

Andaikan diri anda seorang yang berprofil tinggi yang tidak tahu menahu mengenai satu kejadian, lalu anda di ajukan soalan. "Ada nampak kah kejadian bunuh di Bukit Bintang".? Apa lagi pada ketika itu anda berada di negeri Sabah. Kalau anda memberikan respon seolah olah anda tahu apa yang berlaku dengan tuntas. Anda akan serba sedikit boleh dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Oleh yang demikian perlukah anda menjawab soalan yang diajukan.? Nah itulah situasi yang dihadapi oleh PM Najib Razak ketika beliau ditanya oleh pemberita.

Lain itu tapi berkaitan. Semasa proses mahkamah berjalan tidak pun Sirul mendedahkan mana mana individu yang terlibat di dalam pembunuhan Altantuya walaupun dia sendiri telah sedar yang dia telah di kambing hitamkan. Sepatutnya dia berusaha memperjuangkan dirinya bukan tetap menjadi kambing hitam sampai legam.

Menurut Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes kematian Altantuya berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan oleh sesiapa. Ketika kes perbicaraan berjalan.

"Apa-apa kenyataan Sirul kini tidak boleh diterima pakai dan dijadikan sebagai bukti atau keterangan baharu untuk dikaitkan dengan keputusan mahkamah tempoh hari. 
 
"Sepatutnya, keterangan seperti ini dimasukkan semasa proses membela diri sebelum ini. Apa juga keterangan sekarang hanya berunsur akademik sahaja," katanya.

Kesimpulannyakan, memandangkan yang mendapati Sirul sebagai bersalah ialah badan kehakiman maka kita harus akur seperti mana kes terdahulu yang melibatkan Anwar.

Walaubagaimanapun demi keadilan dan kepentingan politik di kedua belah pihak wajar kita mendengar luahan hati Sirul selagi tidak bertujuan untuk memalitkan kredibiliti seseorang. Memandangkan dia sendiri telah bersubahat melakukan kesalahan jenayah berat yakni membunuh. Kalau takat curi tin susu, agaknya boleh lagi kita maafkan atas nama kelangsungan hidup.

Sebagai rujukan pada insiden pembunuhan Altantuya. Sebelum ini para penyokong pembangkang mencanangkan kononnya Altantuya adalah mangsa konspirasi dalaman pemerintah yang melibatkan pembelian Kapal Selam dari Perancis. Altantuya di lantik sebagai pegawai alih bahasa Perancis kepada Kementerian Pertahanan. Tapi disebabkan ada berlaku sedikit salah faham yang melibatkan rahsia negara maka itulah Altantuya di bunuh. Walhal kalau kita merujuk pada sumber yang berkaitan, tidak pun Altantuya pandai berbahasa Perancis malah tidak pernah pergi ke negara berkenaan.


No comments: