Monday, February 2, 2015

Rupanya Konflik PAS dan DAP Hanyalah Permainan Politik



Ini politik PAS amat mudah dinilai.

Bukan mereka tidak tahu siapa Anwar dan DAP di dalam PR. Sebab itulah ketika  isu terdahulu pasal penggunaan kalimah Allah oleh DAP tidak tuntunan berkenaan mendapat bantahan daripada PKR, khasnya Anwar. Begitu juga dengan cadangan perlaksanaan pilihanraya PBT di Pulau Pinang. Kalau tidak percaya, cuba turunkan sini kenyataan membantah oleh Anwar.?

Konflik yang terjadi di antara PAS dan DAP ialah kerana  ingin mempertahankan agenda masing-masing. Sebelah pihak menolak perlaksanaan hudud, sebelah pihak lagi pula menolak perlaksanaan pilihanraya PBT di Pulau Pinang.

Tapi akhirnya PAS merujuk pada Anwar untuk mencari jalan penyelesaian. Kurang itu di gesa pula dua parti ini mencari jalan penyelesaian, sebelum 10hb menjelang tiba.

Kamu orang nampak kah, betapa kompenan PR suka sangat berpolitik, sama ada mereka sedari atau tidak. Secara logiknya PAS dan DAP tidak akan ketemu titik persamaan sebab ia melibatkan agenda tertinggi parti masing masing, ialah hudud dan PBT adalah agenda semasa parti yang bertelagah.

Kalau selepas ini  mereka menemui jalan penyelesaian ertinya mereka sedang mempermainkan masyarakat secara keseluruhannya, bukan hanya penyokong PR. Juga jalan penyelesaiannya berkenaan hanyalah retorik semata-mata.

Kesimpulan yang boleh kita buat sehingga kini ekoran konflik. Khabar desus PAS dan UMNO akan menjalinkan kerjasama politik demi Melayu atau saja negara bangsa hanyalah omongan kosong pakcik di kedai kopi.


No comments: