Thursday, January 30, 2014

Masyarakat Lembu?

@PRKKajang. Kalau sebelum ini sering ramai yang memperlekeh kesetiaan masyarakat Sabah dan Sarawak terhadap BN sekaligus di nilai sebagai bodoh sebab sesetia mana pun mereka, negeri mereka tetap berada di takuk lama. Nah, saya ingat selepas ini, masyarakat Selangor umumnya dan khasnya di Kajang, mereka perlu berkira kira, sebab tidak ada manusia yang boleh dinilai sebagai Lembu selain individu yang terang terangan di perbodoh tapi tetap menyokong individu yang memperbodoh mereka, yakni PKR. Sungguh saya katakan.

Wednesday, January 29, 2014

Faktor PRK Di DUN Kajang, Selangor

Kekosongan DUN Kajang N25, selain muslihat politik yang lebih kepada kepentingan kerabat tertentu ia juga di sebabkan oleh faktor persaingan dalaman PR itu sendiri. Dengan itu pemimpin dan jentera politik PKR cuba memperkasakan kekuatan PKR di DUN Kajang khasnya dan umumnya di negeri Selangor. Lee Chin Cheh di fikirkan lemah sebab tidak mampu membangun politik PKR di Selangor malah hanya akan memperkuatkan politik DAP (sokongan kaum Cina) terhadap organisasi DAP, pada masa yang sama PKR akan kehilangan sokongan dari pengundi Melayu.

Oleh sebab itulah Kajang di jadikan platform bagi membentuk kekuatan PKR yang semakin berkurangan. Dengan meletakkan mungkin kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai jenteranya.

Inilah antara faktor kenapa pilihan raya kecil PRK berlaku di DUN Kajang, Selangor. Harus di fahami persoalan ini, selepas itu fikirkan pula untuk bagaimana menambah kelemahan PKR di negara ini. Ingat sokongan kaum Melayu semakin berkurang terhadap mereka.

#jalinanpolitik

Tuesday, January 28, 2014

Penyokong Politik PR Yang Taksub

Semua pendapat penyokong PR pasal PRK Kajang agak statik. Tidak menuding pada mana mana pemimpin PR yang berbeza pendapat, di antara Khalid dan Azmin. Di tambah oleh keterlibatan Anwar di tengah tengah kebobrokan, yang terus jak menyimpan cita cita untuk menjadi Menteri Besar, ini pun tidak di persoal oleh penyokong PR. Apa agaknya strategi politik mereka ya. Adeh

Selama ini saya beranggapan pemikiran politik para penyokong PR agak berkecuali yang tidak terikat dengan mana mana pendapat pemimpin, termasuklah pendapat pemimpin di kalangan mereka. Maklum sering saja melaungkan kebebasan, sebab konon selama ini BN telah mengekang kebebasan mereka walaupun negara ini mendokong demokrasi. Sebab itulah kerajaan BN sanggup menghapuskan akta ISA. Hingga ada kalanya mendengar luahan penyokong PR yang konon terhimpit dek kerana kenaikan kos sara hidup maka itulah kerajaan memperkenalkan kawalan harga yang di laksanakan sepenuhnya oleh jentera politik BN.

Tapi rupanya, penyokong politik PR ni lebih teruk dari pengikut ajaran sesat. Hanya terbuka bila perkara itu boleh menguntungkan pemimpin PR. Alahai, cakap tidak serupa bikin langsung.

Oleh itu, pada semua penyokong UMNO/BN kurang kurangkan menegur kekurangan para pemimpin dan organisasi UMNO/BN selagi ia tidak lari dari polisi parti dan menganiaya masyarakat yang ada. Sebab lihatlah saja kebanyakan dari pra pemimpin dan penyokong PR sangat sangat taksub, yang jelas membelakangkan akal mereka. Semua kebenaran ada di pihak mereka sebagai pembangkang, pokoknya mereka itulah yang paling sempurna dalam bab berpolitik dan kehidupan. Adakah manusia seperti ini yang hidup di era ini?

Perpecahan Kaum Di Selangor Kerana Khalid

Politik Selangor semakin menarik. PKR bukan parti milik kaum Cina di negeri Selangor. Sebab itulah Yb N25 meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada parti DAP untuk ikut bertanding sekaligus memperkukuhkan penguasaan mereka di negeri itu. Saranan demi saranan oleh pemimpin PKR di seluruh negara agar Khalid meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, telah menyedarkan mereka pemimpin DAP atau saja kaum Cina di negeri itu.

Kamu orang dengar ya, kalau saja ada calon DAP yang ikut bertanding atau ada desas DAP akan memasang calon mereka di PRK N25, tapi mendapat tentangan, itu bermakna sangkaan kita terhadap perpecahan kaum di negeri Selangor benar berlaku alsebab menjaga boneka mereka yakni Khalid.

Monday, January 27, 2014

Apapun Alasan Pasal Perletakan Jawatan N25,Selangor

Apapun alasannya pasal perletakan jawatan Yb N25, Selangor iaitu Lee Chin Cheh ia adalah langkah awal kepada perpecahan di kalangan pemimpin pemimpin PR. Ini tidak boleh di nafikan, hata oleh penyokong PR sekalipun.

Ironinya kalau parti politik menghadapi konflik dalaman yang jelas seperti PR sekarang, apa yang boleh di rumuskan pasal masa depan politik mereka. Harus di ingat sebelum ini ada ramai di kalangan penyokong PR yang berpendapat bahawa pentadbiran negeri Selangor sangatlah cemerlang di bawah pemerintahan MB Khalid, hingga ada yang berpolemik kalau jalan jalan di negeri Selangor tidak satupun yang berlubang, punyalah hebat pentadbiran Selangor tu :-). Tapi kenapa pula MB Khalid cuba di gantikan dengan konon Datuk Anwar Ibrahim?

Apa benarlah selama ini, kalau apapun yang di perkatakan oleh penyokong PR, hanyalah cukup sebagai retorik politik yang sangat jelek, seperti mana seorang buta yang menjadi ketua Kepada mereka yang celik, begitu bodoh?

#jalinanpolitik

ADUN N25 Lee Chin Cheh Meletakkan Jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh. Menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Yb N25. Dengan itu pilihanraya kecil akan di adakan dalam tempoh 60 hari selepas SPR mendapat permakluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Antara bukti, kalau sebenarnya politik PR tidak mampu berlaku adil terhadap masyarakat di negeri itu, terutamanya di kawasan Kajang. Lee Chin Cheh adalah calon PKR di PRU13 yang lepas.

Kerap penyokong PR sangat melucukan, mana kan tidak mereka dengan rupa terhegeh hegeh menegaskan kalau pentadbiran PR di negeri Selangor sangatlah adil. Oleh sebab itulah semua kerja kebajikan yang dilakukan oleh BN hanyalah sedikit berbanding mereka. Tapi kenapa Yb N25 meletakkan jawatan, alasan sebab ingin memberikan laluan kepada Datuk Anwar Ibrahim? Uiiina.

Isu Murid Diberi Makan Rumput Oleh Guru Kelas

Sejak isu murid sekolah yang di beri makan rumput oleh guru kelasnya tersiar di ruang maya, saya sudah mengikutnya. Bikin malu sebenarnya, ada dua hal yang boleh di polemikkan di situ. Satu, sikap guru berkenaan yang seolahnya tidak bertamadun. Kedua, bagaimana kalau kes ini di lakukan oleh guru sekolah yang berstatus Melayu/Bumiputera terhadap Melayu atau saja Cina, sejauh mana keprihatinan masyarakat terhadap kes tersebut?

Kita mahu kejadian seperti ini mampu menyedarkan ramai golongan pendidik, bahawa hukuman yang dibuat sesuka hati adalah salah. Walaupun kita sedar lagi tahu, bahwa ada banyak lagi penderaan yang berlaku, tinggal lagi ia berlaku terhadap keluarga yang tidak mahu kecoh yang mungkin akan menyusahkan mereka, sedang mencari sesuap nasi pun agak susah. Apa lagi bersusah susah untuk membawanya ke tengah.

Jangan hanya melihat kes murid berkenaan dari skop  politik semata-mata tapi lihatlah dari pandang sisi yang luas. Seperti kesannya keatas profesian pendidikan dan jenis modal insan yang bakal terlahir ekoran kebobrokan seperti mana isu di atas.

#jalinanpolitik

Sunday, January 26, 2014

Banner, Sentimen Agama Di Pulau Pinang


Tersebar luas di beberapa blog dan portal pasal penggantungan banner yang terlukis/terlukis, Allah is great dan Jesus is the son of Allah. 


Perkara ini di nafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukan perbuatan pihak Gereja. Tapi di lakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kejadian berlaku gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary, Butterworth. 


Dia juga berpendapat, kejadian itu mampu menyumbang kepada ketegangan kaum. Sememangnya ia mampu menyumbang kepada ketegangan kaum khas di Pulau Pinang dan umumnya di Malaysia. 


Tidak berniat untuk memanjangkan isu ini hingga mungkin menambah kekusutan. Berbalik pada tuntutan kalimah Allah di negeri Selangor oleh pihak Gereja, mereka yakin kalau mereka boleh menggunakannya, apa lagi ia mendapat sokongan dari beberapa pemimpin politik PAS. Baik, itu bermakna perbuatan menggantung banner yang berbau sentimen memang datang dari pihak Gereja, bukan begitu?. Sebab secara logiknya, mereka tidak akan berani kalau mereka merasakan ia keterlaluan yang boleh menyinggung perasaan mereka yang menganut agama Islam. Maksud saya, ia memang di lakukan oleh pihak Gereja, sebab pemimpin Melayu PR juga menyokong penggunaan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja, jadi buat apa mereka rasa bersalah untuk menggantung banner berkenaan. Jangan di lupa sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang pernah menyuarakan agar penggunaan kalimah Allah di kalangan mereka yang beragama Kristian di benarkan pada satu majlis keramaian di Pulau Pinang. 


Jadinya, kalau kejadian yang berkenaan sungguh tidak di lakukan oleh pihak Gereja seperti yang di dakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, itu bererti tuntutan penggunaan kalimah Allah, hanyalah berniat politik semata-mata yang tidak berniat untuk kebaikan dalaman agama Kristian. 


Kesimpulannya tuntutan kalimah Allah oleh pihak Gereja, hanyalah sentimen agama dan politik, itu saja. Sebab kalau tidak kenapa politik DAP tidak mempertahankannya? 





Membidas Segelintir Bloggers Pro BN

Membuak buak macam air yang mendidih. Konon ingin menafikan kepimpinan PM Najib sebab tidak berkemampuan menghidu kehendak masyarakat yang ada di peringkat akar umbi.

Soalan saya, kenapa segelintir blogger pro BN tidak mempersoal kepimpinan yang ada di peringkat separa tinggi, pertengahan dan bawahan yang rapat dengan masyarakat akar umbi? Sebab pada hakikatnya lapisan kepimpinan inilah yang menyumbang kepada kebobrokan, seperti mana yang di momokkan oleh beberapa orang bloggers pro BN.

Serang lapisan kepimpinan yang saya sebutkan diatas, kalau benar ingin melihat UMNO tetap relevan hingga menjelangnya PRU14. Bukan mempersoal kepimpinan Perdana Menteri!

Sudah ada pelbagai usaha kebajikan yang  dilaksanakan oleh Perdana Menteri Najib dan para Menterinya demi kebajikan masyarakat akar umbi. Yang terbaru pasal masa depan generasi y, di mana kerajaan ingin melihat generasi ini berpartisipasi dengan pembangunan negara melangkauinya semua aspek. 

Kalau ikhlas ingin membetulkan keadaan, cari betul betul, ada di mana masalahnya. Jangan ingat Perdana Menteri punya banyak mata telinga hingga mampu mendengar semua keluhan masyarakat atau saja penyokong politik yang ada di peringkat akar umbi. Berpolitik biar realistik.

Kamu orang tahukah, pendekatan berpolitik parti BN dan PR jauh berbeza. Politik PR bermain dengan persepsi sedang BN pula bermain dengan realiti. Seperti diri mengamalkan idelalogi, Politic Realistic :-)

Pilihan Gejala Syabu Atau Prasarana

Kalau anda di berikan pilihan  hidup atau mati dalam menyelesaikan persoalan di negeri Sabah (waktu muncung pistol melekat di dahi). Lalu anda memilih, persoalan gejala Syabu agar di selesaikan terlebih dahulu berbanding pembangunan prasarana. Anda sebenarnya masyarakat yang sangat matang, lagi jauh bijaksana berbanding masyarakat prasarana.

Kita sedar syabu tidak akan mampu diselesaikan secara total tapi pemerintah mampu mengurangkannya. Apa lagi sekadar pengedaran syabu, sedang pencerobohan yang melibatkan perang juga boleh di tewaskan. Percayakan saya.

Gejala syabu semakin teruk, rupanya kebanyakan pengedar syabu tidak terlibat sebagai penagih, sindiket mereka hanyalah ingin mengaut keuntungan dalam masa yang sama ada agenda untuk merosakkan masyarakat muda tempatan.

Masyarakat Sabah harus bersikap matang dalam hal ini kalau ingin mengekalkan keharmonian yang sedia kita kecapi. Jangan hanya sibuk dengan politik yang ingin mendapatkan kuasa. Tapi harus berpandangan jauh lebih daripada itu, janganlah bodoh sangat. Kita semua akan mati juga pada akhirnya.

PKR Cadang MB Selangor Lucut Tapi DAP Tidak Bodoh

Bukan hanya disebabkan desakan salah seorang pemimpin PR yakni Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamidi agar Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan, sebab itulah Khalid terpaksa bergantung harap pada organisasi DAP untuk kekal sebagai Menteri Besar. Dengan itu kita semua mendapat gambaran bahawa DAP mempunyai kekuatan jitu di negeri Selangor sebab mampu mempertahankan Khalid tapi oleh beberapa sebab lain yang jelas, yakni tuntutan kalimah Allah di negeri itu.

Apa kamu orang ingat, beranikah pihak yang menuntut penggunaan kalimah Allah, kalau DAP tidak mempunyai kekuatan politik di negeri Selangor. Dan apa kamu orang ingat pemimpin pemimpin DAP akan bersetuju dengan saranan agar Khalid dilucutkan daripada jawatannya. Tidak akan  jadi, Khalid akan KEKAL sebagai Menteri Besar Selangor. Sebab Khalid mampu memenuhi aspirasi DAP di Selangor.

Sebelum sebelum ini ada banyak urusniaga yang melibatkan kepentingan DAP di negeri Selangor hasil kerjasama Menteri Besar Khalid, jadi takkan pula DAP membiarkan Khalid lesap daripada mereka. Tolong sikit, ok . DAP tidak begitu bodoh seperti yang kamu orang sangkakan.

Sebab itulah dari dulu sehingga sekarang Pas dan PKR menjalinkan kerjasama politik dengan DAP, dengan harapan mereka ini akan menundukkan DAP. :-)

Penyokong Tegar UMNO Harus Faham

Penyokong penyokong politik UMNO ni, jangan terlalu mendesak pemerintah/pemimpin tertinggi  untuk mengambil satu satu keputusan. Sedangkan jelas, perkara yang minta diputuskan/di bela itu betul betul berbau politik.

Ada banyak kok perkara yang perlu di ambil kira dalam politik ni. Ada tu waktunya pemimpin politik tertinggi perlu mempertimbangkan satu satu isu dari konteks politik semata-mata dan hak asasi individu, agar BN kekal sebagai parti yang flexible dari hampir semua sudut. Sekaligus menjadi pilihan masyarakat di mana mana PRU.

Dalam politik ni, kuasa adalah segala segalanya, tanpa kuasa apapun perkara baik untuk masyarakat  tidak akan mampu untuk dilaksanakan. Sebab itu kekadang walaupun perkara itu melibatkan saudara mara, tapi yang perlu di utamakan ialah kelangsungan politik itu sendiri.

Masyarakat politik harus faham dan akur dengan hal ini. Jangan hanya melihat jawapan atau penyelesaian dari skop yang singkat (berfikiran singkat). Pandang jauhlah kehadapan, sebab jangan dilupa bukan hanya BN yang berpolitik di negara ini, selain  pemikiran kebanyakan masyarakat  senantiasa berevolusi yang tidak konsisten dan bergantung pada isu isu semasa yang di dalam dan luar negara.

Jangan terlalu meletakkan hak satu satu kaum diatas kaum yang lain, sedang ada pelbagai lagi kaum yang tinggal di negara ini. Yang juga perlu di ambil perhatian. Kalau semua perkara diatas tidak diambil kira oleh penyokong tegar UMNO dalam kefahaman politik mereka atau saja desakan mereka, maka akhirnya UMNO akan lemah secara perlahan lahan.

#jalinanpolitik

Friday, January 24, 2014

Jangan Berdengkian

Tidak usah kamu orang dengki mendengki. Tidak akan kemana kok hasilnya tu. Mari kita bersikap matang, percaya dengan dosa dan pahala.

Memang benar, rezeki datang daripada Tuhan tapi kalau disebabkan oleh perbuatan kita, maka rezeki seseorang  terjejas atau saja sangkut nah itulah perbuatan yang sangat tidak elok. Jelas, dosa lah bahagiannya.

Tidak juga mengapa, kalau yang teraniaya itu hanya memulangkannya kepada Allah, agar diberikan pembalasan tapi bagaimana pula kalau dianya mengambil tindakan yang luar jangka sebagai namanya manusia yang berakal waras, tidak kah nanti ia pula akan menimbulkan masalah baharu dalam masyarakat atau individu yang berhati busuk hati tadi. Akhirnya individu longkang tadi hanya akan sibuk menjaga keselamatan keluarganya hingga bila bila, apa lagi kalau nanti dianya kenampakan luar dari tempatnya, pasti nyawanya akan terancam. Sudahlah memang dosa hasil perbuatan busuknya sedia menantinya di pintu mungkin neraka.

Perpecahan Di Kalangan Masyarakat Sabah

Sering saya terbaca komen/pendapat segelintir penyokong parti politik dengan menggunakan istilah Malaya. Tapi pada masa yang sama, cuba konon untuk memberikan nasihat agar masyarakat ini jangan berpecah belah, lagi konon terikut ikut dengan budaya politik dari Malaya. Ingin saya tegaskan di sini sedang menggunakan istilah Malaya itu sudah mampu membawa perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia. Kerana menunjukkan sikap yang tidak matang kerna tidak mematuhi Perlembangaan yang telah termaktub sejak mungkin sebelum kelahiran mereka.

Apa sebenarnya matlamat mereka, menggunakan istilah Malaya, kalau tidak ingin melihat masyarakat ini berpecah. Tidak kah mereka sedar, tanpa kemasukan Sabah ke dalam Malaysia, negeri Sabah akan menjadi naungan negara jiran, yakni Indonesia yang pada ketika itu sedang berusaha untuk memiliki negara Sabah melalui gerakan PKM. Tidak juga kah mereka sedar, bahwa pendidikan yang mereka dapat sekarang adalah hasil dari polisi pendidikan negara yang memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk berilmu pengetahuan. Hasilnya seperti mana modal insan yang berlagak pejuang yang menggunakan istilah Malaya, yang kerap kita dengar sejak sejak kebelakangan ini.

Moralnya jangan berlagak sebagai hero dengan membawa pemikiran sempit tapi pada masa yang sama cuba menghidupkan bibit bibit perpecahan. Kalau perkara ini tidak dihentikan secepat yang mungkin ia boleh membawa perpecahan yang akhirnya membuka peluang kepada fahaman asing untuk menusuk masuk ke dalam masyarakat Sabah. Seperti contoh pengaruh politik negara barat, yang sering berkait dengan agenda jahat dengan menguasai negara negara yang ada di Asia Tenggara. Saya tidak nafikan ia akan berlaku, sebab setahu saya persaingan sengit antara Amerika dan China sedang berlaku dengan hangatnya maka sebab tu Amerika perlu mencari tempat yang strategik untuk mengekalkan persaingan terhadap China, dalam hal ini Sabah adalah tempatnya yang paling strategik.

Berbalik pada cubaan untuk mengwujudkan perpecahan di kalangan masyarakat Malaysia umumnya dan khasnya Sabah. Sebenarnya begini. Siapapun boleh berpolitik, tapi haruslah realistik. Lebih mudah mengelak perpecahan dari membetulkan perpecahan. Tidak ada nanti boleh dibuat tu, walaupun mungkin kamu orang ada agenda politik yang hebat.

Organisasi politik hanyalah sejenis jenama, dalam hal ini saya mengambil contoh jenama kereta yang bernama McClaren. Nah untuk menjadikan McClaren ini hebat di atas jalan ia memerlukan pemandunya yang hebat yakni masyarakat. Itu bermaksud organisasi hanyalah wadah sedang wadah ini tidak akan berlangsung dengan baik kalau pemikiran masyarakatnya tidak terbuka, sering saja mengwujudkan perpecahan dengan harapan nanti tampuk pemerintahan akan beralih kepada mereka. Sampai bila keadaan ini akan terus berlangsung, sedang pemandunya tidaklah hebat dalam memandu masyarakat ke arah yang lebih harmoni. Akhirnya yang  hanya akan kedengaran nanti ialah perpecahan, wal negeri atau saja negara ini hanyalah di pinjam dari generasi yang akan datang.

Aktor Politik Dari Kalangan Kebanyakan

Sudah tiba masanya. BN mencari  aktor yang bukan di kalangan rasmi dalam organisasi UMNO/BN tapi di kalangan kebanyakan.

Saya lihat, UMNO/BN kerap di palitkan dengan kelakuan segelintir pemimpin pemimpin tertinggi dan pertengahan tidak kira tua atau muda. Walaupun kebanyakannya tuduhan yang di lemparkan kurang benarnya. Tapi harus di ingat, politik adalah persepsi.

Ketika mencari orang yang akan dipekerjakan, anda mencari tiga kualiti : integriti, kecerdasan dan tenaga. Tetapi yang terpenting adalah keintegritiannya, kerana  jika mereka tidak memilikinya, dua kualiti lainnya, kecerdasan dan tenaganya akan membunuh anda. (Warren Buffett)

Walaupun keintegritian sesuatu yang sukar untuk dicari tapi carilah mereka  yang tidak tamak.

Thursday, January 23, 2014

Politik Provokatif DAP

Kamu orang harus tahu sekaligus mampu membawa kesedaran, kenapa organisasi DAP suka berpolitik provokatif. DAP telah mendapat sokongan penuh dari kalangan mereka, jadi apa pun yang di lakukan, mereka tetap akan mendapat sokongan sekaligus kemenangan. Main main pun tidak mengapa, tetap menang punya.

Dengan berpolitik provokatif, Melayu akan berpecah sebab bangsa Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong pada politik PKR akan mempertahankan pendapat DAP, begitu juga dengan PAS mereka akan saling bertentangan di semua lapisan, hingga melemahkan Melayu yang ada dalam pakatan PR.

Perpecahan di kalangan masyarakat Melayu hasil politik provokatif, bererti pecah dan perintah. Selepas itu bertindak pula mereka sebagai hero politik, sebagai tok ketua yang mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Dengan itu DAP akan kelihatan relevan untuk di sokong oleh generasi baharu.

Politik provokatif  akan mengeratkan perpaduan di kalangan mereka sekaligus memperkukuhkan politik DAP.

Saya hanya berpolitik ya. Tidak ada niat saya pun untuk membangkitkan sentimen perkauman. Yang saya maksudkan ialah organisasi DAP. DAP yang mengamalkan politik provokatif yang sebenarnya tidak bagus untuk tempoh jangka panjang.

Andai Saya Penyokong PKR

Andai saya penyokong politik PR, saya akan mengangkat isu dadah sebagai modal politik. Di mana pun saya berada.

Ini tidak, yang kerap di angkat oleh penyokong PR ialah isu nasional yang mereka sendiri pun tidak pasti. Mereka ingat hanya pemimpin pemimpin BN yang hidup senang dan tidak pada pemimpin mereka sebagai pemimpin PR. Jangan lah konok kamu terlalu sengal sangat bha, tidak kok manusia di dunia ini yang menolak kelebihan bila dia betul betul berada dalam lingkungan peluang, paling tidak pun dia akan menggunakan kesempatan itu untuk mengekalkan kedudukannya.

Budaya Kerja Segelintir Kakitangan Awam, Semporna

Ketua Menteri Pulau Pinang, sibuk membetulkan kekurangannya terhadap kaum Melayu terutamanya dalam hal ekonomi.

Pernah saya katakan dahulu DAP memang tahu kelemahan Melayu. Ekonomi adalah segala segalanya.

Tapi jangan dilupa, kerajaan/Perdana Menteri juga sedang mengorak langkah dalam memberikan peluang berekonomi  terhadap kaum Melayu. Apa yang penting sekarang ialah kurangkan protokol bodoh yang sengaja di wujudkan oleh kelompok kakitangan kerajaan yang lupa diri. Sebenarnya Malaysia ini boleh  sejahtera hingga bila bila andai kakitangan yang dipertanggungjawabkan telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Ini tidak, semakin di hormati semakin berlagak, kalau pandai tahan sikit ini, ya ampun cakap pun sudah tahu jumlah kebodohannya. Bha kita lupakan hal ini sebab ia hanyalah entro politik.

Bayangkan saja, hanya meminta sokongan untuk dimajukan ke tingkat seterusnya, punyalah susah. Satu pihak kata sudah, pihak yang lain kata belum lagi.

Jadi apa tujuannya masyarakat memihak BN, kalau jabatan kerajaan yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan masyarakat peringkat pertengahan dan bawahan tidak berkelayakan baik dari segi kemahiran dan keintegritian yang perlu ada pada seorang kakitangan kerajaan.

Memang sebelum ini diri kerap menerima khabar kalau birokrasi jabatan kerajaan di daerah ini sangat sangat menjengkelkan (tidak semua). Hingga ada dari kalangan masyarakat yang sanggup berpindah dari daerah ini hanya kerana ingin lari dari birokrasi bodoh. Kenapa tidak bodoh, kalau kakitangan yang cuba bersikap pandai dengan menekan urusan seseorang sebenarnya bodoh.

Kelompok sengal ini sebenarnya lupa, yang mereka itu bukan siapa siapa, tanpa adanya rakyat yang telah memberikan mereka peluang sebagai kakitangan. Alahai

Ingin saya menyebut jabatan kerajaan yang saya maksudkan, yang ada di daerah ini, tapi saya merasakan tidak perlu sebab saya sedar ada ramai yang tahu. Apa lagi sebenarnya saya mengikuti jejak sekelompok masyarakat, yakni kalau kita bersikap lantang maka konon risau akan tidak mendapat peluang untuk mendapat kelebihan. Wal hal sepatutnya ia tidak berlaku, kalau semua lapisan masyarakat bersikap kisah dengan hal seperti ini, agar ia tidak berpanjangan ke generasi seterusnya yang boleh saja menjadi budaya yang susah untuk di hapuskan.

Tian Chua Di Hukum Penjara Dan Denda

Tian Chua) Naib Presiden PKR di dapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen, oleh itu dia dikenakan hukum penjara selama 1 sebulan dan denda sebanyak RM1,000.

Selepas dia melakukan kesalahan dengan mengingkari arahan pihak Polis agar beredar dari pusat latihan polis (pulapol), jalan semarak sebab ia adalah kawasan larangan kepada umum.

Walaupun bagaimanapun peguam yang mewakili Tian Chua, memohon agar hukuman di tangguhkan sementara mereka memohon proses rayuan.

Kalau saja permohonan rayuan oleh peguamnya tidak mendapat kelulusan dari Mahkamah maka hukuman ke atasnya akan dilaksanakan. Dengan itu jawatannya sebagai Yb di Parlimen Batu, akan terlucut secara automatiknya. Habis barang barang

Dalam Politik Tidak Ada Yang Kekal

Di dalam politik tidak ada kawan atau musuh yang kekal, yang kekal ialah kepentingan.

Isytihar Darurat Di Thailand Tidak Dipedulikan

Cerita luar negara.

Isytihar darurat di Thailand tidak dipedulikan oleh kelompok pemberontak. Kalau ini berterusan hingga tamat tempoh darurat, apa agaknya yang akan berlaku ya. Yang pasti ia bakal memalukan negara Thailand.

Lemah, sebenarnya kerajaan Thailand . Sepatutnya ia tidak berlarutan bukan macam gerombolan pemberontak yang berlaku di Mesir yang diketuai oleh Tentera kerajaan. Jelas mereka sukar untuk di lawan, maklum mereka punya kekuatan untuk melawan.

Sebaiknya awal awal lagi, dalang di sebalik pemberontakan sudah dicekup. Atau paling tidak Ketua pemberontak sudah lama dalam tahanan pihak yang berkuasa. Bukannya diberikan ruang sehingga bilangan mereka bertambah hingga darurat terpaksa isytiharkan.

Wednesday, January 22, 2014

PR Konon Boikot Produk Jepun

Ada pula pemimpin pemimpin PR yang cuba menunjuk rasa. Dengan konon memboikot produk dari negara Jepun. Alahai, macam saja negara ini mereka yang perintah. Ekoran tindakan kerajaan Jepun terhadap Anwar.

Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah sekalipun mendengar penafian dari pemimpin yang berstatus penyokong pasal kelakuan pemimpin tinggi mereka. Walaupun isu politik itu dilakukan oleh bukan lawan yang tidak bertentangan dengan politik PR, seperti mana negara Jepun tapi mereka tetap bersikap sepertinya macai.

Nah cuba konok kamu orang turunkan sini, apa dia punya kesan negatif  dari konteks ekonomi kalau konon tindakan memboikot itu mendapat sokongan (sebenarnya tidak pun). Apa ia tidak menjejaskan pendapatan negara, kerana ia telah merisaukan pelabur untuk melabur di  negara ini. Selain mungkin, selepas ini akan ada pula usaha usaha dari pihak tertentu, yang mengambil kesempatan dengan menulis atau menganjurkan program untuk menceritakan kekurangan produk dari negara Jepun. Bukankah ini nanti akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

Kalau semua andaian di atas benar berlaku, akhirnya yang akan menanggung kerugian ialah rakyat Malaysia itu sendiri. Nah bila ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang tidak menentu, sekali lagi ia di manipulasi oleh gerombolan PENJAHAT PR, agar penyokong mereka bertindak dengan lebih liar.

Harus kok penyokong BN bangkit, paling tidak membuat kenyataan tidak bersetuju ke atas pemimpin pemimpin PR, bukan malah berdiam seribu bahasa. Agar nanti masyarakat antarabangsa maklum kalau negara ini, yang sebenarnya di penuhi oleh penyokong penyokong pemerintah dan bukannya pembangkang PR.

Nah, oleh itu tolong kongsikan (share) entry ini sebagai tanda sokongan anda terhadap politik pemerintah.

Tidak Ada Komplot Hanya Kerana Anwar

Jadi benarlah sangkaan diri, faktor yang menyebabkan Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki negara Jepun ialah kerana moralnya.

Mengikut kenyataan media, faktor Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki negara Jepun ialah kerana Undang-Undang negara itu yang termaktub di para 5, kerajaan Jepun boleh menghalang mana mana individu yang pernah di penjara lebih dari setahun dari memasuki negara berkenaan, selain tempoh masa yang perlu selari dengan tujuan berada di negara Jepun.

Ialah mana mungkin boleh masuk penjara kalau tidak melakukan kesalahan. Tapi itu pun kerajaan Jepun mesti juga merujuk pada keintegritian satu satu Mahkamah yang telah menghukum pesalah sepertinya Anwar yang dikenali si antaro dunia.

Halangan kerajaan Jepun terhadap individu yang bernama Anwar Ibrahim, adalah isyarat khas lagi jelas yang ditujukan kepada penyokong penyokongnya, yang ada di Malaysia bahwa kelayakan Anwar sebagai seorang pemimpin wajar di persoal semula. Apa lagi negara yang mempersoal kepimpinan Anwar, sehebat negara Jepun yang terkenal dengan disiplin pemimpin dan masyarakatnya. Bayangkan hanya kerana pemimpin mereka  tidak berjaya melakukan tanggungjawabnya dengan baik, boleh saja dia membunuh diri atau paling tidak melepaskan jawatannya.

Saya berpendapat, isu moral yang ada pada pemimpin sepopular Anwar Ibrahim, sebenarnya mampu mempengaruhi individu untuk mengikuti jejaknya. Maka sebab itulah dia di halang dari memasuki Jepun. Seperti mana yang pernah berlaku kepada Diego Maradona , dia juga di halang dari memasuki negara Jepun kerana terlibat dengan penagihan dadah.

Moral politik yang ingin saya khabarkan di sini ialah, kelayakan Anwar untuk di angkat sebagai seorang pemimpin. Secara logiknya, kerajaan sehebat Jepun  menafikan kepimpinan Anwar, jadi bagaimana dengan anda yang menjadi penyokong politik PKR? Apa anda lebih berintegriti dari pemimpin pemimpin negara Jepun? Harus kok kalian berkira kira semula, jangan letakkan akal kalian di belakang mendahului persepsi semata.

Pun begitu, kedengarannya ada pula di kalangan pemimpin pemimpin PKR yang menunjuk rasa, sebab tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan Jepun yang pada pendapat mereka ada komplot dengan Kerajaan Malaysia untuk mengenakan Anwar. Wah punyalah hebat itu negara Jepun ada hati pula mahu mengenakan pemimpin pemimpin yang datang dari negara yang pernah mereka jajah. Maksud saya, adalah tidak logik sesangat, kalau tindakan sehebat kerajaan Jepun dianggap manipulasi politik untuk menjatuhkan kepimpinan PKR, siapa juga PKR pada politik Jepun sedang Malaysia ini di perintah oleh BN. Adakah begitu mudah mereka mengikut kata pemimpin dari luar hanya untuk konon menjatuhkan politik PKR. Alahai

Tuesday, January 21, 2014

Raja Ketua Agama Islam Di Malaysia Harus Dipatuhi

Fatwa agama Islam dari Majlis Agama Islam Malaysia atau saja dari mana mana agensi yang terlibat dengan hal hal agama. Termasuklah titah dari Sultan dan Raja yang menyentuh agama tidak akan memberikan kesan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini fakta kalau mengikut Perlembangaan.

Itu bererti tuntutan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan Islam akan mendapat kelulusan walaupun tidak secara rasmi. Satu hal yang terhasil daripada Perlembangaan sekular.

Pun begitu ia masih belum terlambat, masyarakat Melayu harus memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi kepada UMNO pada PRU yang akan datang agar Perlembangaan yang sedia ada boleh di pindah, dengan itu kesucian agama Islam mampu dipertahankan.

Walau bagaimanapun, Titah Raja atau saja Sultan tidak boleh di persendakan sebab harus di ingat, Raja/Sultan adalah ketua agama Islam di  Malaysia. Siapapun tidak boleh mengingkarinya apa lagi melibatkan agama.

Lihat saja di negara England, kerabat di Raja England yang menjadi Ketua agama Kristian. Sanggup mengorbankan Prince Diana hanya kerana dia berkawan dengan seorang lelaki yang beragama Islam iaitu Dodi. Ini kerana Diana adalah bekas ahli kepada kerabat Diraja yang menjadi ketua agama Kristian dan dianggap hubungan mereka sebagai memalukan agama Kristian, sebab itu dia dikorbankan. Moralnya ialah Ketua Agama yakni Queen Elizabeth sanggup berbuat apa saja demi kesucian agama mereka. Nah begitu juga dengan Raja atau Sultan yang ada di Malaysia, mereka adalah ketua agama yang bertanggungjawab atas kesucian agama Islam. Maka itu harus di hormati oleh sesiapa sahaja.

Majlis Fatwa Tidak Berkesan Pada Nonmuslim

Fatwa agama Islam dari Majlis Agama Islam Malaysia atau saja dari mana mana agensi yang terlibat dengan hal hal agama. Termasuklah titah dari Sultan dan Raja yang menyentuh agama tidak akan memberikan kesan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Ini fakta yang ada dalam Perlembangaan.

Itu bererti tuntutan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan Islam akan mendapat kelulusan walaupun tidak secara rasmi. Satu hal yang terhasil daripada Perlembangaan sekular.

Pun begitu ia masih belum terlambat, masyarakat Melayu harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO pada PRU yang akan datang agar Perlembangaan yang sedia ada boleh di pindah, dengan itu kesucian agama Islam boleh dipertahankan.

Jawapan Soalan, Terhadap Beberapa Soalan Politik

Komen balas saya, terhadap beberapa soalan di group politik.

:-) Saya jawab sekaligus ya. Semua juga negara di dunia ini di kuasai oleh kelompok kapitalis, hata Amerika sendiri di kuasai oleh kelompok kapitalis Yahudi. Kita sekarang ini pun sebenarnya di kuasai oleh kelompok kapitalis, nilai wang kita, pasaran minyak, harga barang import itu semua pengaruh kapitalis. Sebab itulah mana mana negara di dunia ini berusaha untuk mengwujudkan aktor mereka bagi mengimbangi pengaruh kapitalisme..

Cuba kamu orang lihat harga barang di negara jiran, Indonesia, Philippines dan Thailand terutamanya harga minyak, gula dll jauh mereka lebih mahal daripada kita, kenapa? Adakah pemerintah negara itu sengaja menaikkannya yang bertujuan untuk membebankan rakyatnya, sudah tentu tidak. Tapi ia semata-mata di sebabkan oleh manipulasi oleh kelompok kapitalis. Ada ramai yang berpendapat dengan begitu mudah pasal harga minyak kenapa konok kita yang menjadi pengeluar minyak tapi harga minyak di tentukan oleh pasaran, nah itulah kapitalisme.

Seperti juga harga gula di Philippines, Philippines antara pengeluar Tebu yang besar di dunia tapi kenapa harga gula di sana agak mahal berbanding Malaysia? Adakah ia di sengajakan

Minyak di Indonesia, Indonesia juga pengeluar minyak dunia, tapi harga minyak agak mahal berbanding Malaysia. Kenapa, adakah ia disengajakan?

Pemerintah hanya berkuasa pada bahagian bahagian tertentu di dalam negara. Adapun soal ekonomi, ia banyak dikuasai oleh kapitalis. Kapitalis ada dua bahagian, satu domestik satu lagi global. Keduanya mampu mempengaruhi harga barang.

KPDNKK juga diwujudkan untuk mengekang penguasaan kapitalis yang ada di dalam negara/domestik. Tinggal lagi agensi ini kurang memberikan kesan al sebab kurangnya penguatkuasaan. Hal ini telah kami bincang bualkan, al mungkin sebab itulah kerajaan dan jentera politik sedang berusaha bagi memantau harga barang di pasaran. Hingga ada di antaranya yang mengwujudkan jawatankuasa bagi memantau harga barang oleh jentera pergerakan sayap UMNO.

Copy paste? terima kasih sebab sebenarnya telah mengiktiraf tulisan saya. :-)

Kesimpulannya, keterlibatan masyarakat secara keseluruhannya amatlah penting demi mengawal harga barang di pasaran. Tidak di nafikan, faktor pengurangan subsidi minyak ada menyumbang kepada kenaikan barang, tapi harus juga di ingat untuk memproses satu satu produk, kos pengeluaran itu meliputi kenaikan gaji pekerja di semua peringkat, cukai premis, cukai lesen, kos penghantaran dan banyak lagi, juga sebenarnya telah menyumbang kepada kenaikan harga barang. Bermaksud pengurangan subsidi tidak menjadi faktor kepada kenaikan harga barang secara total.

Saya bagi lagi satu contoh, kapitalis di negeri Selangor, kerajaan negeri akan menaikkan cukai lesen perniagaan sehingga 300/400%, adakah ia disengajakan oleh kerajaan negeri, kalau bukan kerana faktor kapitalis dari kelompok DAP, yang bertujuan untuk mengekang keterlibatan kaum Melayu dalam hal hal ekonomi.

Undi Popular Bukan Kekuatan Anwar

Ketika BBC menemu ramah Anwar melalui talian mengenai isu tindakan kerajaan Jepun terhadap dirinya. Anwar tetap mengangkat undi popular 52% sebagai kekuatan politik peribadinya. Wal hal yang sebenarnya ia bukanlah undi yang datang dari penyokong politik PKR, tapi datang dari pengundi DAP. Tidak mengapa kalau kekuatan PKR seperti UMNO, UMNO adalah tunjang kepada kekuatan BN. Sekaligus menjadi parti yang menentukan dasar dalaman BN yang terdiri dari beberapa kompenan parti. Malah parti yang menentukan dasar pemerintahan negara.

Sebab itu undi popular tidak boleh dijadikan kekuatan politik peribadinya. Perhimpunan haram turun baru baru ini, antara buktinya kalau Anwar tidak popular dari konteks undi popular pada masyarakat Malaysia. Yang namanya mendapat undi popular ialah semua arahan yang datang daripadanya akan dipatuhi. Dalam kompenan PR sendiri sering berlaku pergeseran dalaman antara PAS dan DAP, bila pergeseran berlaku, bukan pun PKR menjadi orang tengah. Tapi parti yang bergeser, yang akan mengambil sikap berdiam agar kelihatan bersatu. Contohnya, pergeseran mengenai perlaksanaan Hudud yang mendapat tentangan DAP, Karpal. Apa ada persetujuan kalau DAP pada akhirnya akan akur dalam melaksanakan hudud. Apa PKR punya kekuatan politik untuk membentuk dasar dalaman kompenan PR yang mungkin boleh menjadi agenda PR di masa masa yang akan datang.

Tujuan sebenar Anwar mengangkat undi popular 52 % adalah untuk mensabitkan kerajaan Malaysia sebagai dalang kepada tindakan Kerajaan Jepun terhadap dirinya. Yang sepatutnya kerajaan Jepun tidak boleh akur dengan arahan pemerintah Malaysia sebab ia tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, malah dirinya itu yang perlu lebih di hormati, sebab itu sepatutnya tidak berlaku.

Hakikatnya terlalu hebat bha kerajaan Jepun tu untuk mendengar arahan politik pemerintah Malaysia. Jadinya tidak mungkin ada komplot antara Jepun dan Malaysia hanya kerana Anwar. Apa lagi PRU masih jauh di hadapan, tidak ada kepentingan politik yang sebenarnya. Itu kalau kita perhitungan secara logiknya.

Monday, January 20, 2014

Anwar Dilarang Masuk Ke Jepun.

Larangan kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan individu yang bernama Anwar Ibrahim memasuki negara mereka telah melahirkan pelbagai polemik politik di kalangan masyarakat, pergeseran antara penyokong BN dan UMNO juga semakin hangat.

Secara logiknya terlalu besar bha kuasa politik Negara Jepun tu untuk mendengar arahan politik Malaysia bagi melarang individu yang bernama Anwar Ibrahim bagi memasuki negara mereka.

Bukan kamu orang tidak tahu, sebelum ini Maradona telah dikenakan tindakan yang sama, alsebab Maradona telah terpalit dengan isu moral sebagai penagih dadah. Nah begitu juga dengan Anwar Ibrahim, kan dia ada terpalit dengan isu moral seks hingga membawanya ke muka pengadilan.
Penyokong politik PR, wajar mempertimbangkan semula sokongan mereka terhadap Anwar.  Sedang negara Jepun yang terkenal dengan amalan demokrasi yang terbuka giler tidak juga sanggup menerimanya sebagai pelancong. Ingat tu bukan atas tiket ahli politik tapi sebagai pelancong. Tahu kah, alahai.

Oleh itu kamu orang jangan pernah percaya, kalau ada kenyataan politik dari pihak tertentu terutamanya pemimpin/penyokong parti yang ada dalam kompenan PR, bagi membela Anwar. Konon kehadiran Anwar Ibrahim ke sana atas urusan agama yakni berdakwah tapi telah di halang atas arahan Putrajaya.

Tidak Ada Penguatkuasaan Pasal Minyak Dari KPDNKK

Saya kata pada pekerja station minyak. Di luar terutamanya di Kota Kinabalu, mengisi tong seperti ini hanya di benarkan pada sekitar malam. Berbeza dengan di Semporna ni, siang siang begini pun boleh mengambil minyak tanpa ada kawalan yang sebenarnya mengganggu pengguna yang lain. Selamba jak, pekerja itu berkata, boss nya sini kuat :-).

Saya ingat ini bukan soal kuat atau tidak, ini soal kepedulian masyarakat terhadap perkara seperti ini selain penguat kuasaan oleh pihak di pertanggungjawabkan, ekoran masyarakat itu sendiri yang kurang peduli?. Akhirnya pemilik station ini kelihatan kuat.

(Memang tidak dinafikan, agensi yang dipertanggungjawabkan tidak akan mampu membanteras perkara seperti ini tanpa adanya aduan dari masyarakat itu sendiri).

Apa kesan buruknya pada negara andai perkara ini tidak di benteras atau saja di jadualkan pengambilannya? 

Sunday, January 19, 2014

Bidasan Perihal Kenyataan Yang Menyentuh Penggunaan Kalimah Allah

Sering ramai yang mengguna pakai kenyataan seorang penceramah  bebas Ustaz Robby Tandang pasal penggunaan kitab Bible versi Malaysia. Penceramah merujuk pada cetakan kitab Bible berkenaan yang di cetak pada tahun 1974, sedangkan KDN beroperasi pada tahun 1968. Lalu beliau merasionalkan kalau yang harus dipersalahkan dalam hal ini ialah pemerintah yakni KDN. Atau saja beliau memaksa kalau KDN telah meluluskan penggunaan kitab Bible berkenaan, sebab katanya untuk mencetak kitab Bible ia memerlukan proses yang rumit dan mengambil masa yang agak lama.

Persoalan saya ialah kenapa pula menuding pada KDN bulat bulat seolah olah KDN ada meluluskannya, apa dia punya bukti kalau KDN ada memberikan kelulusan maka itu Kementerian ini wajar dipersalahkan? Boleh saja KDN tidak tahu pasal percetakan kitab Bible versi Malaysia yang dicetak pada tahun 1974.

Persoalan kedua, ialah di mana kitab Bible versi Malaysia itu di cetak di  Semenanjung atau Sarawak/Sabah? Kalau di Sabah atau Sarawak, maka ia tidak boleh di jadikan modal untuk merasionalkan penggunaan kalimah Allah di Malaysia yang di dakwa pernah di luluskan tapi ditarik balik. Sebab Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan kitab Bible versi Malaysia sejak sebelum pembentukan Malaysia 1963. Apa lagi dalam perjanjian 20 perkara ada disebut di para 1 agama. Bahawa masyarakat Sabah bebas dalam mengamalkan agama yang mereka percayai. Dan kebebasan itu tetap relevan walaupun Malaysia telah mengangkat Islam sebagai agama rasmi Malaysia, sebabnya penggunaan kalimah Allah/kitab Bible versi Malaysia telah lama digunakan sebelum pembentukan Malaysia.

Tinggal lagi penggunaannya, perlu di kawal hanya di bolehkan pada kelompok mereka.

Sebalik Pukul Anak Tidak Solat Di Sweden

Di sebalik isu pukul tidak sembahyang di negara Sweden yang melibatkan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Nah ini antara contoh perlaksanaan Undang-Undang sekular yang sebenarnya sentimen agama yang cuba menyempitkan ajaran Islam pada pandangan masyarakat yang bukan Islam.

Hakikatnya, ada banyak negara di dunia ini yang tidak mahu kalau ada orang luar yang cuba menduga perundangan mereka. Berbeza dengan Malaysia, orang luar senang senang menuntut perkara yang bukan hak mereka, apa lagi perkara itu menyentuh soal agama dan ketuanan.

Terutamanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Isu Azan dilarang untuk di nyaringkan dengan kuat dan yang terbaru tuntutan kalimah Allah di negeri Selangor.

Nah jangan melata, yang saya maksudkan dengan orang luar di sini ialah bila ada satu satu kelompok yang berlainan agama, tapi mempersoal hak agama orang lain apa lagi tuntutan itu berlaku di negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya.

Sebab itu saya pernah katakan sebelum ini, manusia ini tidak boleh sangat merujuk pada Perlembangaan sebagai peraturan hidup, sebab sudah pasti dalam perlembagaan itu sendiri ada banyak kekurangannya. Selain peraturan lengkap yang ada dalam agama yang wajib di patuhi, budaya atau ketamadunan yang luhur yang di amalkan sejak dulu lama wajar di praktikkan yakni saling menghormati.

Cermin Diri Sebelum Salahkan BN

Kalau pemimpin PR sumbat Kangkung dalam mulut pemimpin BN, buat pula pada pemimpin PR, sumbat anu dalam mulut mereka. Begitulah sikap manusia yang ada dalam komponen PR, orang lain punya silap di anggap salah sedang salah mereka di anggap silap.

Kurang dari itu rela pula menerima perlakuan sumbang pemimpin mereka dari hanya sedikit salah guna kuasa dari lawan. Untuk tempoh yang panjang, Pemimpin yang tegar melakukan kesalahan besar, sebesar liwat dan sewaktu dengannya itu yang sebenarnya mampu membawa kesan buruk pada negara. Yang menyebabkan kepercayaan negara luar untuk melabur akan hilang, malah yang lebih teruk kalau Tuhan menurunkan murkahNya.

Masyarakat BN Harus Tetap Berpolemik Pasal Moral PR

Kalian hanya perlu tahu kalau, bahawa kerajaan negeri Selangor sedangkan menghadapi krisis kepimpinan, ekoran pemecatan Azmin Ali. Maksud saya pemimpin PR juga terdiri dari manusia biasa macam kita, oleh itu mereka juga punya nafsu duniawi yang membutuhkan kuasa untuk mendapatkannya. Jadi jangan kamu orang terpedaya yang pemimpin pemimpin PR itu sangat berintegriti. Tidak konon terlibat dengan perlakuan rasuah tapi  hanya terpalit dengan perlakuan moral dan ia tidak menjadi hal dalam politik :-)

Sebab itu masyarakat BN harus sentiasa berpolemik dengan hal hal moral yang di lakukan oleh pemimpin pemimpin PR. Agar penyokong PR sedar yang sebenarnya mereka menyokong pemimpin yang salah. Juga agar masyarakat atas pagar tidak terpengaruh sekaligus memihak PR.

Anwar Penyebab Kepada Kenaikan Harga Mendadak

Faktor yang menyebab kepada kenaikan harga barang yang mendadak ialah Anwar.

Momokkan propaganda oleh jentera PR, selepas itu pula menganjurkan perhimpunan haram pasal konon himpitan kehidupan. Sebenarnya telah secara langsung membuka ruang dan peluang. kepada pemilik premis untuk menaikkan harga barang sesuka hati mereka, pemilik premis sedar yang masyarakat tidak akan mempersoalkan harga yang mereka manipulasi sebab PR telah merasionalkannya terlebih dahulu yang sebenarnya demi kepentingan politik mereka.

Saturday, January 18, 2014

Usah Berpolemik Dengan Tindakan UMNO Terhadap Tian

Semakin bertambah bilangannya, yang mempersoal keputusan UMNO untuk tidak meneruskan saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua ekoran kenyataannya perihal insiden di Lahad Datu yang dia umpamakan sebagai sandiwara UMNO.

Janganlah terlalu berlagak pandai, Kerajaan tahu itu apa yang mereka perlu buat demi negara bangsa dari konteks keharmonian yang bersifat jangka panjang serta kedudukan Sabah yang sebenarnya boleh di ancam. Kenyataan Tian Chua hanyalah provokatif politik yang tidak pun mengancam keselamatan negara. Tapi dia tahu apa yang berlaku sebelum itu.

Insiden di Lahad Datu, adalah rentetan dari beberapa pertemuan di antara pihak kesultanan sulu  dengan kerajaan Malaysia demi mencari perdamaian tapi tidak menemui persetujuan. Saya yakin proses ini memang ada. Tapi tidak bermakna ada komplot di kalangan mereka sebab itu wujud konon sandiwara seperti yang di dakwa oleh Tian Chua.

Pada pendapat saya, dengan itu tindakan peguam UMNO yang tidak meneruskan saman terhadap Tian Chua ada rasionalnya, rasional utamanya ialah andai saja saman diteruskan maka semestinya ia akan melibatkan pihak kedua yakni "kesultanan Kiram" sedangkan kerajaan Malaysia sudah tidak lagi sebulu dengan mereka malah bermusuhan. Rentetan itu nanti akan wujud ruang dan peluang pada kesultanan Kiram yang mungkin akan di dokong oleh kerajaan Philippines dalam meneruskan usaha mereka bagi mendapatkan negeri Sabah.

Harus ingat, President Philippines, Aquino pernah membuat kenyataan dulu lama yang mereka akan tetap mencari jalan untuk meneruskan tuntutan terhadap Sabah hingga bila bila. Yang pada hemat saya, sebab ruang untuk itu tetap ada walaupun sebesar lubang jarum tapi boleh di tentukan oleh badan badan antarabangsa. Percayakan saya.

Kesimpulannya, kamu orang jangan terlalu sengal dengan membelakangkan isu yang kalian sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, berbanding Tian Chua yang mungkin ada sedikit kesegarannya. Secara logiknya, kalau kenyataannya itu menguntungkan politik PR sedang pada yang sama, keharmonian negara tidak tergugat pasti saja dia sudah terlolong. Tinggal lagi pula kenyataannya itu telah bertukar kepada pepatah gunting dalam lipatan dari konteks memberikan ruang. Maka sewajarnyalah dia perlu  di kritik oleh masyarakat sebagai tidak menghormati pejuang pejuang negara hingga ada yang terkorban semasa insiden itu berlangsung.

Maksud besarnya ialah tindakan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang tidak meneruskan saman terhadap Tian Chua adalah BETUL.

Kesan Daripada Istilah Kangkung

Kesan politik dari istilah Kangkung yang di polemikkan oleh penyokong politik PR, yang di jana oleh propaganda PKR. Telah menghasilkan kelompok Pembangkang yang kurang tidak mengira tua atau muda, membuatkan mereka kurang ajar kepada pemimpin tanpa sebab yang munasabah. Maksud saya, isu yang di timbulkan oleh politik PR tidak menguntungkan masyarakat secara total angkara akal fikir kelompok sengal yang tidak matang yang selalu mengambil kesempatan tanpa sebab yang jelas sekaligus tidak melayakkan mereka untuk di angkat sebagai organisasi yang bakal memimpin negara ini.

Secara logiknya, yang terpalit dari polemik ini ialah pihak pembangkang itu sendiri di mana masyarakat matang yang di berada di atas pagar telah pun dapat menilai keikhlasan politik PR dalam konon membela nasib mereka, yang sebenarnya hanya lebih kepada kepentingan politik semata-mata. Sepatutnya kompenan PR turut sama mengwujudkan jawatankuasa bersama dengan organisasi UMNO bagi memantau harga barang di pasaran.

Tweet Dengan Pemimpin DAP

Sebentar tadi saya bertweet dengan seorang pemimpin DAP. Saya kata Perlembangaan tidak akan mampu mengharmonikan masyarakat. Kecuali setiap diri dari masyarakat menghormati hak mereka yang berhak. Ini berlaku maka secara automatiknya mereka akan saling menghormati. Maklum Perlembangaan adalah ciptaan manusia yang pasti ada kekurangannya yang kerap bercanggah dengan ajaran agama. Nah kalau Perlembangaan secara terus terusan di rogol, akhirnya ia akan mencetuskan perpecahan.

Perlembagaan tidak akan mampu memastikan peraturan tetap di hormati selagi rasa hormat tidak hadir dari dalam diri masyarakat itu sendiri.

Friday, January 17, 2014

Toleransi UMNO Terhadap Tian Chua

Nah kenapa sudah kawan saya, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun kena blast tu.

Jangan kamu terus menyalahkan dia bha, sampai di panggil bodoh. Ekoran penarikan saman terhadap Naib Presiden PKR dan Setiusaha Agung PAS berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu itu hari.

Tidak salah kok itu, menarik balik saman terhadap Tian Chua, ini bukan bermakna kerajaan takut atau saja salah tapi ia lebih kepada sikap keterbukan yang cuba di perkenalkan oleh organisasi UMNO terhadap pembangkang. Tuduhan Tian Chia yang konon insiden pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, hanyalah kenyataan yang bersifat provokatif  politik yang kebetulan pada masa itu PRU13 semakin hampir, yang tidak pun mengancam keselamatan negara. 

Yakin saja dengan kemampuan Peguam UMNO ni, pasti tindakannya itu mempunyai sebab yang perlu diambil kira.

Tapak Gereja Di Bela, Tuntutan Penggunaan Kalimah Allah Di Biarkan

Isu tapak Gereja Kampung Karang. Pembangkang mendakwa kelulusan awal tapak berkenaan di berikan oleh UMNO tapi pula UMNO sendiri yang menarik balik kelulusannya. Jadi apa yang tidak kena, bukan pun merobohkan Gereja. Yang menjadi masalah ialah bila pihak Gereja menuntut untuk menggunakan kalimah Allah.

Tidak lama, ini Menteri Besar negeri Selangor akan terbalik, kepala di bawah kaki di atas. Sama juga dengan bloggers pro PR, yang jelas  melanggar kesucian Islam dibiarkan sedang kebenaran menggunakan tapak tanah di kecohkan.

Tidak tahu apa sudah jadi dengan Islam di Selangor tu.

Keangkuhan Pemimpin DAP

Keangkuhan pemimpin DAP, memperlekeh Perdana Menteri, menyamakannya dengan icon KFC. Adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Ini menunjukkan isu pembelian kereta mewah, kenaikan gaji mendadak serta tuntutan kalimah Allah tidak memberikan kesan negatif kepada PR yang sebenarnya mampu mengurangkan sokongan masyarakat terhadap mereka, tapi tidak berlaku.

Perbuatan pemimpin DAP ini sangat mengaibkan apa lagi ia dilakukan oleh individu yang berbangsa Cina DAP. Kenapa mereka berani melakukannya ya. Sedangkan majoritinya penduduk Malaysia terdiri dari mereka yang berbangsa Melayu, yang menjadi penentu kepada kepimpinan negara? Bukankah ini satu petunjuk kalau sebenarnya Melayu sudah berpecah, yang tidak boleh lagi disatukan?

Perpaduan Melayu telah di uji bila sahaja, tuntutan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan Islam berkumandang, tapi terbukti doktrin agama tidak mampu menyatukan Melayu malah ada pula di kalangan pemimpin dan penyokong Melayu yang menyokong tuntutan tersebut.

Apa senario ini membawa maksud bahwa parti PAS bukannya penyebab kepada perpecahan Melayu, seperti yang kita fahami sebelum sebelum ini, tapi disebabkan oleh pemahaman politik di kalangan Melayu itu sendiri yang terlalu moden hingga agenda agama dan negara diletak di belakang?

PM Najib Masih Berada Di atas Landasannya.

Ada yang mengkritik kepimpinan PM Najib sebagai tidak berkemampuan dalam menangani kebobrokan yang di bangkitkan oleh konon rakyat. Rakyat mana yang tidak berpuas hati, ada kah mereka yang menyokong PR yang di propaganda oleh jentera rasmi PR. Hingga Kangkung pun mereka politikkan?

Atau saja ahli UMNO yang ada di negeri Selangor dan Pulau Pinang?

Bagaimana mereka mengukur kekuatan kepimpinan PM Najib sebagai lemah, apa kayu ukurnya?

Sebenarnya, apapun yang berlaku, mereka yang menyokong BN tetap akan setia, sebab itu tidak ada isu kalau kepimpinan PM Najib tidak lagi mendapat sokongan. Rujuk saja pada warna politik sebelum PRU13 berlangsung, lebih teruk dari sekarang tak BN saja tetap mendapat kemenangan hingga Kedah pun dapat di ambil balik.

Isu himpitan kehidupan kerana kenaikan harga barang, hanyalah propaganda politik PR. Apa lagi kerajaan sedang dengan tegasnya mengawal kenaikan harga barang dengan mengarahkan KPDNKK agar lebih agresif.

Jangan mengarut lah, pentadbiran PM Najib masih berada di atas landasannya.

Perdana Menteri Yang Humble

Kalau pemimpin (Perdana Menteri) bersikap humble dengan memakan Kangkung selepas itu mengkhabarkannya kepada umum, itu satu perkara yang baik. Sikap terpuji lagi jujur sebenarnya.

Bukan hanya perlu makan di bungkusan makanan tanpa piring tapi berlaukkan ayam dan ikan segala atau saja sembahyang di tempat yang terbuka biar menjadi perhatian umum. Seperti yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin lawan. Baru kelihatan humble. Adeh

#gajikereta

Thursday, January 16, 2014

Pemimpin PR Tidak Bertanggungjawab Terhadap Kemaslahatan Masyarakat

Kamu orang ingat semua kesalahan yang dilakukan oleh individu di dunia ini semata-mata oleh sikap individu itu sendiri kah.? Tidak, kekadang ia disebabkan oleh ada ramai masyarakat yang tidak kisah dengan kemaslahatan yang berlaku di peringkat umum, akhirnya memalit kepada individu yang berkenaan dan seterusnya hinggalah terpalit kesemuanya. Contohnya dalam hal hal dadah dan lain lain perlakuan jenayah.

Dalam konteks di atas, apa kamu orang pernah dengar kalau ada kemaslahatan umum yang cuba di selesaikan oleh pemimpin pemimpin PR khasnya, kalau adapun cukup sebagai tajuk berita selepas itu di diamkan. Apa lagi para macainya langsung tidak kisah, hanya konon sibuk mempersoal politik nasional. Mahu juga :-)

Propaganda Harga Barang Berniat Jahat

Berbaloi baloi sudah tu, Kerajaan menyediakan pelbagai prasarana yang menyenangkan di hampir  semua negeri di Semenanjung. Jadi tidaklah sangat menyusahkan kalau kos sara hidup agak sedikit meningkat. Apa lagi kerajaan sedang berusaha keras demi memastikan harga barang tetap terkawal kalau adapun kenaikan tapi tidaklah keterlaluan. Penyokong PR harus memahaminya, ok.

Sebab itulah saya katakan, isu kenaikan harga barang yang cuba di propagandakan oleh jentera PR, hanyalah retorik politik yang tidak langsung datang dari niat hati mereka yang bersih. Ia hanyalah bertujuan politik semata-mata.

Persoalan ialah, kenapa isu ini terlalu diangkat sedangkan, mereka/PR sedar ada ramai lagi masyarakat BN yang redah lagi memahami pasal kenaikan harga barang selain kadar tarif letrik yang akan di naikkan begitu juga dengan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan tidak dilupakan pengenalan GST di tahun mendatang. Semua fenomena ini di fahami, sebab begitulah ceritanya kalau ingin melihat negara ini maju ke hadapan. Masyarakatnya harus bersedia menjadi sebahagian dari aktor kepada prinsip politik neoliberalism.

Berbalik kepada persoalan, kenapa. Kenapa isu ini terlalu diangkat oleh pihak lawan, sedangkan PRU masih jauh di hadapan. Apa ada kemungkinannya kalau mereka berharap masyarakat ini akan bangkit lalu memberontak ekoran konon himpitan hidup bawaan PR?

Bermaksud perhimpunan haram turun itu hari memang berniat untuk memberontak. Adeh

KKLW Akan Mengulangi Kecemerlangan

 PUTRAJAYA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan sosio ekonomi masyarakat luar bandar dalam usaha merapatkan jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar.Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata seperti mana tahun lepas, kementeriannya akan terus menggandakan usaha bagi mencapai prestasi dan pencapaian melebihi sasaran yang ditetapkan.Katanya prestasi cemerlang tahun lepas membolehkan kementerian itu terus kekal sebagai kementerian terbaik dalam menguruskan perbelanjaan projek pembangunan dan pengurusan pentadbiran."Tahun lalu kementerian ini telah menduduki tempat pertama bagi anugerah kategori pencapaian paling konsisten dalam memastikan projek yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual atau mendahului jadual, selain mencatat perbelanjaan lima kementerian terbaik pada setiap bulan."Kita mahu lebih banyak dilakukan tahun ini termasuk memberi tumpuan meningkatkan pendidikan anak-anak muda, melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar, melahirkan modal insan berguna," katanya ketika berucap pada majlis 'Malam Gemilang' kementerian itu di sini hari ini.Sebagai contoh, Shafie berkata pencapaian penyediaan jalan luar bandar bagi tahun lepas ialah sepanjang 694.65km (157.54 peratus) melebihi sasaran ditetapkan iaitu 441km.Selain itu, katanya, antara projek kementerian yang telah mencapai sasaran lebih daripada ditetapkan ialah penyediaan bekalan air luar bandar kepada 31,004 rumah berbanding sasaran 24,000 rumah.Bekalan elektrik luar bandar kepada 19,865 rumah (sasaran 19,811 rumah); program bantuan rumah mencecah 10,818 rumah (sasaran 7,212 rumah) dan penyelenggaraan jalan sepanjang 1,124.76km (sasaran 730km).Katanta projek ladang pertanian berskala besar menepati sasaran dua buah ladang.Jelasnya, segala pelaksanaan tersebut ternyata mengubah masa depan dan cara hidup masyarakat luar bandar ke tahap yang lebih baik, katanya. - Bernama 

Taktik Pengedaran Syabu

Ada individu yang mengkhabarkan pada saya pasal taktik pengedaran syabu. Katanya, pengedar memasukkan syabu dalam botol yang berwarna. Sebelum mereka memasukkan ketulan syabu ke dalam botol berkenaan, botol itu terlebih dahulu di isikan dengan sisa bungkusan plastik, agar mungkin ketulan syabu tidak rosak sebab tergoncang.

Selepas itu pengedar akan lepak di tepi jalan seolah olah sedang santai menikmati minumannya.

Apple Menjual Produk Tanpa Kebenaran Penjaga

WASHINGTON: Apple telah bersetuju untuk memulangkan sekurang-kurangnya 32.5juta dollar atau RM106.8juta kepada para pelanggannya di Amerika Syarikat atas pembelian atas talian aplikasi kanak-kanak dari Apple Store miliknya yang dibuat tanpa kebenaran ibu bapa.

Langkah itu bakal dilaksanakan selepas Apple bersetuju terhadap perjanjian dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikat, FTC.

Pengerusi FTC, Edith Ramirez berkata, Apple gagal memberitahu kepada ibu bapa terhadap tempoh bukaan selama 15 minit yang membenarkan kanak-kanak terus membuat pembelian tanap perlu memasukkan kembali kata laluan.

Apple turut diminta oleh FTC bagi menukar prosedur pengebilan bagi memastikan pelanggan mendapat atau diberi kebenaran sebelum mereka dicaj untuk pembelian aplikasi dalam talian dan syarikat pengeluar telefon pintar itu juga telah memperuntukan minimum 32.5juta dollar untuk dipulangkan kepada pengguna serta tiada had maksima.

Perlaksanaan Gaji Minimum

Perlaksanaan gaji minimum, tindakan tegas akan dikenakan andai pemilik premis tidak mematuhinya.

Ada ramai pemilik premis yang sebenarnya tidak bersetuju dengan perlaksanaan ini. Kenapa engkar, kalau juga nanti cukai pendapatan pemilik premis akan di kurangkan. Tidak begitu kah? Bermaksud tidak ada alasan yang boleh di terima pakai, gaji minimum harus di patuhi.

Sebelum ini ada seorang pemilik restoran yang bersembang dengan saya, kalau mematuhi peraturan gaji minuman tidak menjadi masalah, sebab nanti mereka akan mengurangkan bilangan pekerja mereka.

Apa akan timbul pula isu baharu yang lebih hangat, yakni isu pengangguran?

Bangunlah Dari Lena

1. Masyarakat sivil seperti kami yang berperang dengan mereka yang  anti pada kerajaan tapi pula segelintir kakitangan kerajaan memihak mereka. Sebab konon mereka tahu kekurangan pemerintah.

2. Masyarakat sivil yang sibuk berperang demi membanteras gejala syabu tapi mereka yang anti kerajaan hanya sibuk mempersoal konon kekurangan pemerintah termasuklah kakitangannya. Sedangkan ada di kalangan ahli keluarga mereka yang terlibat sebagai si penagih dadah.

3. Masyarakat sivil yang sibuk mempersoal kebobrokan angkara syabu tapi pula Ketua Ketua masyarakat di peringkat marhaen sedang lena dengan pelbagai bayangan kemewahan yang konon mereka akan dapat. Walaupun sebenarnya masyarakat tidak mengenali mereka.

Apa corak politik yang sebenarnya mahu di bentuk ni oleh masyarakat ni ya? Masyarakat ramai harus bangun dari lena, kalau sebenarnya dunia ini tidak menginginkan manusia yang kelihatan berjaya sebab di ukur dari kebendaan walaupun dengan cara yang totally salah lagi melupakan tanggungjawab asas mereka.

Hashtag #gajikereta Untuk PR

Kenapa para bloggers pro BN tidak pula berpolemik dengan istilah "gaji". Kan organisasi PR sedang asyik dengan kenaikan yang bakal mereka kecapi. Sebab itulah awal awal lagi salah seorang dari mereka cuba berlagak budiman sebelum masyarakat ramai bijak pandai mempersoal keikhlasan mereka dalam konon membela nasib mereka. (Kenyataan Faekah Husin, di akaun Twitternya). Hampir semua masyarakat politik PR berpolemik dengan konon kenaikan harga barang tapi pada masa yang sama pemimpin mereka pula yang bersenang lenang dengan kenaikan.

Tidak dilupakan pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Apa pembelian bertaraf luxury ini tidak memberikan kesan pada istilah CAT yang mereka ingat datang dari kata kata "Tuhan" yang konon menjunjung keintegritian?. Nah, apa bila pembelian ini dipersoalkan, dengan mudahnya pihak Ketua Menteri menafikannya yang konon pembelian kereta mewah itu hanyalah bernilai RM200 ribu sedang harganya di pasaran mencecah hampir setengah juta. Apa alasan ini boleh di terima?

Nah sekarang masyarakat BN harus berpolitik dengan istilah "gaji" atau saja "kereta"

Begini hashtagnya #gajikereta

Kes Buang Bayi Di Daerah Semporna

Kes buang bayi menular ke Daerah Semporna. Seorang bayi yang di percayai baru dilahirkan di temui mati di sekitar SK Rendah Bangau Bangau, Semporna.

Sebelum ini kejadian yang lebih parah telah berlaku hingga ada yang melibatkan kematian di kalangan gadis remaja.

Saya percaya, semua ini akibat dari penagihan syabu. Maka sebab itulah kemaslahatan syabu perlu di benteras habis habisan.

Penyokong PR Yang Tidak Sedar Diri

Masyarakat urban mana yang  tidak mahu mengambil bahagian  dari kebobrokan. Nasib baik saja ketamakan nafsu mereka tidak boleh berbicara, kalau saja boleh sudah pun alam ini akan bergema dengan tangisan kesedihan.

Peliknya tapi bila puak yang sengal ini sudah mendapat kelebihan, pandai pula berlagak budiman dengan konon mempersoal ketelusan pemerintah. Hati busuk yang sering merogol peraturan demi mendapatkan kekayaan pandai pula merendahkan keintegritian orang. Kurang dari itu, boleh pula lagi mendapat sokongan politik dari segelintir masyarakat. Sebaiknya kalian berdiam saja, diri kalian itu yang perlu banyak banyak bertaubat secara terus kepada Tuhan, bukannya menunjuk lagak sebagai orang yang berintegriti sedang pada masa yang sama tetap mengambil hak orang yang setia pada pemimpin pemimpin BN.

Perangai ini, kebanyakannya di amalkan oleh ramai penyokong PR yang banyak berkeliaran di dalam organisasi BN. Sebab itu para pemimpin pemimpin BN jangan mudah tertipu.

Untuk mereka yang tidak sedar diri tapi pula cuba berlagak budiman. Menistakan masyarakat marhaen yang setiap pada politik BN.

PR Pengamal Politik Kangkung

Tidak ada benda lain yang boleh di polemikkan selain Kangkung. Sampah!

Kalau diperhati secara serius, percambahan pemikiran puak ni mempunyai persamaan dengan pertumbuhan Kangkung. Mudah tumbuh dengan sangat subur di merata tempat mengikut musim, apa lagi di musim hujan. Tapi tetap tidak berharga.

Lihat saja corak fikir para pemimpin pemimpin PR, ada di antara mereka yang cuba menjadikan Kangkung sebagai ikon politik mereka. Tidakkah itu melambangkan pemikiran yang mereka ada? Yang sering mengangkat hal hal remeh sebagai isu politik. Kalau sebelum ini sering ada di kalangan penyokong murahan PR merendahkan pemikiran penyokong BN ke tahap bawah, nah sekarang terbukti, mereka itu yang sebenarnya yang tidak ada kelas, Kangkung pun mereka ajak berpolitik. Adeh

Lucu bangat :-)

Wednesday, January 15, 2014

Tugas Menegur Pemerintah Bukannya PR Tapi BN

Kalau memang penyokong politik PR ingin menjuarai mata hati rakyat, seharusnya mereka berdiam diri, biarkan saja kebobrokan membelenggu kehidupan masyarakat. Sebab yang sebenarnya, tugas menegur kekurangan pentadbiran kerajaan terletak di tangan para penyokong rasminya.

Buang air liur jak ok itu. Tapi kalau memang anda dari kalangan Cyber Trooper PR iya itu tidak menghairankan. Sebab berbayar :-).

Penyokong PR Harus Bertenang

Penyokong penyokong PR jangan terlalu agresif hingga menghina pemimpin. Siapa juga kalian yang  cuba berlagak hero konon di tengah tengah masyarakat, apa lagi yang memerintah sekarang ini bukannya PR.

Tanya pada diri kalian, apa yang akan berubah sedangkan pemimpin rasmi PR yang ada di semua peringkat tidak berbuat apa. Bukan ingin melemahkan semangat kalian tapi tidak salah kalau kalian bersikap tenang. Biarkan saja keadaan bertambah teruk kalau memang keadaan itu kalian fikirkan teruk.

Kenapa kamu orang tidak boleh bersikap tenang? Sedang individu yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah atau saja pemimpin ada yang  tidak melaksanakan tanggungjawab mereka hingga ia mampu menimbulkan persepsi yang jelek.

Biarkan keadaan yang berbicara. Sesekali kalian PR perlu juga hidup dalam keadaan yang  tenang. Ok :-)

Tuesday, January 14, 2014

Anwar Kebudak Budakan Kata Penduduk Indonesia

Betul tu, saya setuju dengan pendapat para bloggers Indonesia. Mereka berpendapat Anwar Ibrahim telah kebudak budakan sebab selalu re-tweet gambar gambar sinikal yang konon cuba merendahkan Perdana Menteri.

Memang lama sudah diri perhati tu. Kekadang sampai menggatal. Sebelum ini ada ramai penduduk Indonesia yang percaya kalau Anwar memang akrab dengan perbuatan porno.

Kepala Otak Macai Yang Berpolitik Dengan Kangkung

Terlalu rendah pula tahap pemikiran mereka yang berpolitik dengan istilah Kangkung. Kangkung sejenis sayur yang murah harganya dan boleh di dapati di mana mana, nah kalau bahan ini pun boleh di manipulasi oleh golongan peniaga selepas itu pula kerajaan yang di persalahkan, susah sudah tu.

Maka sebab itulah Perdana Menteri, sengaja mengangkat bahan makanan ini untuk di buat perbandingan. Jangan sampai masyarakat mudah di perbodoh. Tapi rupanya, macai PR sungguh memang bodoh. Sebab berpolitik dengan istilah kangkung.

Kenali Siapa Individu Yang Mempersoal Politik BN

Jangan hanya mendengar, kenali dulu siap individu yang bercakap pasal keburukan organisasi BN tu. Siapa dianya, dia dari kalangan siapa sebelum ini, apa yang telah mereka buat terhadap parti dan masyarakat itu sendiri dari konteks politik BN. Sebab kebanyakan dari mereka ini adalah dari kelompok orang orang kecewa kerana kejahilan akal mereka pasal agama dan kemanusiaan.

Kalau kamu orang tidak mengambil faktor ini sebagai pengukur keikhlasan berpolitiknya, nanti kamu orang manjang kena bodoh sampai kiamat kok itu. Tetap oleh gerombolan yang sama yang mempunyai kefahaman politik yang aneh.

Membazir Menganjur Perarakan Maulidur Rasul

Saya setuju dengan kenyataan Dr Maza. Ada baiknya kalau segala perbelanjaan untuk menganjurkan perarakan Maulidur Rasul digunakan untuk membantu mereka yang miskin.

Terserah kalian, saya hanya bersetuju. Ada ramai marhaen yang melakukan dosa hanya kerana hambatan kemiskinan. Dan ada berapa ribu orang miskin yang menghayati Maulidur Rasul hasil dari perarakan yang di anjurkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman. “Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Karena itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”...

Selamat menyambut Maulidur Rasul. I ♡ Muhammad

Penggunaan Kalimah Allah Di Selangor Di Tangan Negeri

Sarawak. Penganut agama Kristian tidak di halang dari menggunakan kalimah Allah. Begitu juga dengan negeri  Sabah. Titik

Jadi tidak timbul persoalan andai ada dari penganut agama Kristian yang membawa kitab bible versi Malaysia untuk kegunaan peribadinya dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung.

Begitu juga dengan penduduk negeri Selangor andai Sultan Selangor membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan mereka yang bukan beragama Islam. Tidak timbul soal Federal/UMNO dalam hal ini, sebab enakmen negeri Selangor yang tidak membenarkannya. Nah sekarang, tugas kerajaan negeri/PR membawa mohon perkenan menghadap Sultan Selangor?

Tidak usah pening pening, kuasa di tangan kerajaan negeri Selangor. :-)

Monday, January 13, 2014

Segelintir Pemimpin Pertengahan BN Bersikap Nautral

Separuh orang politik yang menyokong BN cuba bersikap budiman. Dengan tidak mempersoal politik pemimpin PR. Yang membuat mereka kelihatan neutral.

Pada masa yang sama pihak lawan yakni PR asyik dengan cara mereka tidak kira dari tingkat mana mereka berada. Dari pemimpin hinggalah ke tingkat penyokong yang paling bawah.

Sedangkan BN ingin kekal berkuasa sampai bila bila. Oleh itu semua pemimpin politik BN yang berada di semua peringkat perlu sentiasa berpolitik dalam membetulkan propaganda bawaan PR yang cuba diserapkan dalam pemikiran generasi baru yang akan mengundi di PRU yang akan  datang. Macam mana tu?

Isu Sampah Tetap Mendapat Tempat Di Daerah Semporna.

Isu sampah atau apa pun frasarana menjadi bahan mainan kelompok tertentu untuk kelihatan berpolitik.
Menyalahkan pemimpin secara total, adalah cara mereka. Sedang keadaan tetap begitu rupa. Macam budak budak jak, alahai.

Sejujurnya isu ini telah lama kami bincang bualkan di ruang maya atau saja di dunia nyata. Hingga pada pendapat saya sebab itulah Pegawai Majlis Daerah yang lama telah ditukar dengan harapan persoalan yang di momokkan akan selesai.

Tapi nampaknya isu sampah hanya berganjak sedikit dari yang dikehendaki.
Apa sebenarnya yang tidak kena ni, siapa sebenarnya yang bermasalah ni dan apa yang perlu dibuat ni. Tak kan lah semua persoalan ini harus di tumpahkan kepada pemimpin terutamanya Datuk Sri Shafie Apdal.

Sebelum ini saya ada merakamkan pendapat seorang marhaen pasal isu sampah ni. Klik link di bawah :-

Sunday, January 12, 2014

Kata Dua Pasal Penggunaan Kalimah Allah Di Semenanjung

Nah mahu di tegaskan disini. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah, sebab ia telah di gunakan dulu lama.

Berbeza dengan di Semenanjung,  tidak dibenarkan. Persoalannya pula, pemimpin Melayu PR sedang berpolitik dengan hal ini, demi sokongan politik. Kalau dikuatkuasakan untuk dilarang nanti hilang pula pengundi BN yang beragama Kristian (mungkin)? Sedangkan menurut pemimpin pemimpin PAS, tidak mengapa kalau penggunaan kalimah Allah digunapakai oleh mereka yang bukan Islam.

Kalau begitu ceritanya, baik benarkan saja penggunaannya. Macam mana?

Tidak Penguatkuasaan Yang Jelas

Negara Malaysia ni berkecai dek kerana tidak adanya  penguatkuasaan yang jelas. Hanya banyak pengubal atau saja pemikir pemikir yang sebenarnya mengejar gaji yang mungkin besar.

Adapun penguatkuasaan di peringkat perlaksanaan, hancur berkecai. Termasuklah hal agama, hal hal lain jangan ceritalah.

Sudah saya kata dahulu, buang mereka yang tidak berkelayakan ada ramai lagi yang menunggu di luar sana tu. Kalau bimbang pasal undi, ada berapa sangat juga jumlahnya tu. Alahai, bersepa dekat luar ni penyokong BN.

Muslihat Di Sebalik Penterjemah Kitab Bible Ke Versi Iban

Pemimpin PR tahu ada dua negeri yang menyebabkan mereka tidak boleh menjadi pemerintah. Ia itu Sabah dan Sarawak. Mereka juga sedar agenda politik mereka tidak akan mampu menggugat kepercayaan di negeri ini untuk memihak BN. Apa lagi mereka sering berpolemik, kekalahan mereka di dua negeri ini kerana tidak adanya kebebasan media perdana.

Maka sebab itu, ada di kalangan mereka yang mengambil inisiatif pandai dengan membuat tuntutan ke atas kalimah Allah di kalangan bukan Islam lalu mengaitkannya dengan kebebasan beragama yang ada di Sarawak dan Sabah. Maksudnya mereka cuba menyuntik sentimen agama di kalangan masyarakat Sabah dan Sarawak yang akhirnya akan menolak BN.

Buktinya, lihat saja tangkapan terhadap kitab bible versi Iban yang berlaku di Selangor baru baru ini. PBM sengaja menterjemahkan kitab bible ke bahasa Iban. Sedangkan rata rata mereka yang pandai membaca di kalangan masyarakat Iban, agak boleh berbahasa Inggeris, jadi apa keperluannya mereka menterjemahkan kitab bible ke bahasa Iban. Agar kalau ia di halang oleh pihak yang berwajib maka dengan sendirinya masyarakat Iban yang ada di Sarawak akan merasa di perlekeh. Dengan itu sokongan mereka terhadap kompenan BN akan berkurangan, sekaligus membuka ruang dan peluang untuk PR memerintah negara ini.

Licik bukan, mungkin perkara ini di sedari oleh pemimpin Melayu yang ada dalam kompenan PR tapi disebabkan oleh kemahuan kuasa politik, mereka malah menyokong tuntutan yang berkenaan.

Cadangan Zainuddin Terhadap Dr M Pasal ISA

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin. Berpendapat kalau Dr M perlu di MASUKKAN semula dalam barisan kepimpinan negara untuk menjalankan akta ISA.

Ini ekoran pendapat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesyorkan kalau ISA perlu di perkenalkan semula. Juga oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ini namanya sudah termakan pancingan politik PR. Alahai

Tuntutan kalimah Allah melalui proses Mahkamah, biarlah Mahkamah yang memutuskannya. Kalau selepas itu pihak yang menuntut tetap juga melanggar arahan mahkamah, nah boleh sudah mengambil tindakan melalui SOSMA dengan mencampakkannya ke dalam penjara. Matlamat SOSMA dan ISA adalah sama demi menjaga keamanan negara.

Jadi dimana relevannya ISA perlu di perkenalkan hingga melibatkan kepimpinan Dr M?

Kebaikan BN Yang Membuat Keadaan Semakin Kelam

Nanti saya jumpa Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah. Saya akan maklumkan pasal segelintir kerabat yang menentang politik BN tapi sering mendapat projek projek BN. Kenapa juga perlu bersikap adil sedang yang sebenarnya hanya membuat keadaan semakin kelam. Pemimpin tertinggi negara dan negeri harus memahami situasi sebenar apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Jangan saja merasakan sudah membuat kebaikan menurut prinsip demokrasi, wal hal  kebaikan itu sebenarnya telah menafikan mereka yang berhak. Najib Razak Musa Aman

Satu hal lagi, pemimpin pemimpin BN harus sedar, ada ramai golongan usahawan yang tegar menyokong BN dengan harapan mereka akan mendapat kebaikan dari politik BN itu sendiri, selepas BN mendapat kemenangan. Perkara ini harus disedari, semasa PRU13 yang lalu mereka yang sengal menentang parti BN tapi tetap saja BN mendapat kemenangan. Jadi, kenapa perlu kisah dengan mereka ?

Kekadang saya pelik dengan attitude pemimpin pemimpin BN ni cuba menawan hati semua masyarakat, sedang pada masa yang sama menafikan mereka yang berhak. Adeh

Sekejap lagi ada tu macai dari kalangan penyokong politik PR yang membidas tu, kalau projek yang mereka dapat adalah dana rakyat, jadi usahawan yang menyokong BN itu bukan rakyat ?

Mohon SOSMA, Menyenaraikan Pengedar Dadah Sebagai Pesalah

BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya bersetuju, seperti pendapat diri sebelum sebelum ini. Sebab ISA bukan pun sejenis radar yang mampu mengesan perlakuan jenayah. Tapi pula sangat sangat berharap kalau akta yang menggantikan ISA yakni SOSMA menyenaraikan si pengedar dadah sebagai pesalah SOSMA.

Apa juga dia punya beza dengan pesalah politik, yang sebenarnya juga mampu menjahamkan negara untuk tempoh yang pendek atau singkat. Sebelum ini, untuk mencekup si pengedar dadah ia memerlukan bukti yang nyata barulah tangkapan boleh di buat,sedangkan masyarakat tahu apa sebenar kegiatannya.

Oleh itu berharap sangat agar si pengedar dadah di senaraikan sebagai pesalah SOSMA. Percayakan saya, ia nanti mampu berubah kepada akta yang mendapat keberkatannya. In Shaa Allah.

Saturday, January 11, 2014

Teguran Dr M, Cukup Sebagai Satu Teguran Demi Kebaikan UMNO

Macai Macai PR ni suka sangat dengan kenyataan Dr M terhadap beberapa kekurangan pemerintahan BN sepanjang pengetahuan beliau. Antaranya pasal kemasukan golongan bijak ke dalam organisasi PR, dulu lama tapi selepas UMNO memperkenalkan beberapa transfomasi dalaman, UMNO sekali lagi mendapat tempat di kalangan profesional. Walapun pada hakikatnya, masih ada sekelompok profesional yang tidak berminat dengan politik UMNO, tapi itu kan hak masing masing namanya negara yang mengamal politik Demokrasi terpimpin.

Terbaru, kritikan Dr M pasal pembelian Jet kerajaan. Di era pemerintahan Dr M, bila negara mengalami krisis ekonomi, kerajaan bertindak dengan menjualnya bagi mengimbangi ekonomi yang tidan menentu.

Saya tidak nafikan, kesan negatif yang melibatkan pembelian Jet Kerajaan ada benarnya tapi itu bukan bermakna negara ini akan muflis atau ekoran pembelian Jet Kerajaan tersebut telah menyebabkan kos harga barang meningkat. Ia hanyalah gambaran kalau kerajaan ini perlu berjimat cermat, walaupun ekonomi negara berada dalam keadaan yang stabil.

Fungis FELDA dan pelbagai lagi syarikat GLC serta Pekebun Pekebun Kecil masih menyumbang kepada ekonomi negara, selain pelaburan Petronas di luar negara yang mendatangkan keuntungan yang besar pada negara. Jadi tidak timbul disini, pembelian Jet Kerajaan dengan ekonomi negara.

Ekonomi Malaysia masih dalam keadaan yang stabil, jangan bimbang atau gusar. Begitu juga dengan pendapat sebahagian gologan profesional pasal politik UMNO, UMNO semakin mendapat tempat. Lihat saja sokongan diri terhadap UMNO tetap memberikan sokongan yang padu, itu petanda organisasi ini masih relevan untuk di dokong. :)

Peralatan Elektronik Sebenarnya Boleh Di Godam

LAS VEGAS:Para penggodam yang mendapat masuk ke komputer atau telefon pintar anda kini boleh menggodam alat-alat yang menggunakan internet.

Berus gigi elektronik, peralatan sukan dengan sensor dan peti sejuk pintar adalah beberapa benda yang dipamerkan ketika Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa. 

"Benda-benda itu semua hebat tetapi ia boleh digodam,” kata pengarah Symantec Security Response Kevin Haley.

"Jika objek itu disambungkan ke Internet, anda akan mendapat mengesannya dan jika ia mempunyai OS (sistem operasi), ia boleh digodam,” kata beliau kepada AFP di Las Vegas dimana expo itu berlangsung.  

Haley berkata kadar inovasi boleh mendahului sistem keselamatan yang ada.

"Apabila kita membawa pulang gajet-gajet berkenaan, kita harus bertanggungjawab,” katanya.

Antara produk-produk yang dipamerkan ketika CES termasuk bola keranjang kawalan jauh dan pakaian bayi yang boleh memantau pernafasan bayi dan kedudukannya.

Penyelidik keselamatan telah menunjukkan berkemungkinan, sekurang-kurangnya dalam teori, kereta elektronik  dan alat perubatan boleh digodam.

Ketua strategi keselamatan Catalin Cosoi berkata ancaman ini boleh berlaku secara teori setakat ini.

"Saya tidak fikir orang jahat telah memahami manfaat untuk mereka membuat perkara-perkara seperti ini," katanya.

Tetapi Cosoi berkata beberapa kes godaman yang berlaku telah membuat orang ramai mengambil perhatian tentang isu ini.

"Kami pasti akan melihat sesuatu yang berlaku tahun ini... kita mungkin mempunyai mangsa yang pertama dan berkemungkinan boleh cedera akibat ini," katanya.

Pengenalan pintu yang boleh dikawal menggunakan internet menimbulkan soalan jika ia boleh digodam.

Alex Colcernian, Pengarah pembangunan produk di Unikey, berkata kunci kawalan jauh Kwikset mempunyai  teknologi keselamatan “gred tentera” yang tidak boleh digodam.

Leo Herlin dari Medissimo yang berpangkalan di Perancis memperkenalkan kotak pil pintar, dan berkata sistem itu adalah "sangat selamat" untuk mengelakkan pencerobohan yang tidak diingini.

Salah satu faktor yang mengurangkan risiko ini ialah nilai yang boleh diperoleh oleh para penggodam: adakah mereka akan menggodam peti ais seseorang untuk senarai benda-benda keperluan yang ingin dibeli (grocery list)?

" nda perlu menjadi pengguna yang bijak apabila menggunakan gajet-gajet pintar," kata jurulatih produk LG Randy Overton di mana syarikat berkenaan memperkenalkan beberapa produk yang boleh berkomunikasi bersama pemiliknya menggunakan sistem pesanan ringkas.

Untuk mengurangkan kebimbangan pengguna, Intel mengumumkan bahawa ia akan menawarkan perkhidmatan keselamatan McAfee secara percuma.

Ketua Eksekutif Intel Brian Krzanich memberitahu bahawa dengan menawarkan tahap keselamatan ini “ia akan membolehkan ekosistem ini untuk berkembang."

Pembuat peralatan Cisco menganggarkan 50 bilion objek di seluruh dunia akan dihubungkan pada tahun 2020.

"Ia adalah mustahil untuk meletakkan perisian keselamatan pada setiap objek," kata David Orain dari Cisco.

Jawapannya ialah untuk melihat dan menangani "aktiviti yang tidak normal", kata Orain, sambil berkata  ini adalah sebahagian daripada apa Cisco menawarkan kepada pelanggannya.

Salah satu kebimbangan utama adalah mengenai keselamatan dalam aplikasi industri.

Andreas Haegele yang berpangkalan di Perancis dengan firma keselamatan digital Gemalto berkata pengesanan elektronik telah dilakukan selama beberapa dekad untuk perkara-perkara seperti penghantaran kapal dan platform petroleum, dan bahawa keselamatan objek-objek ini diberi fokus utama.

Pegawai keselamatan siber AS juga telah meningkatkan amaran untuk penggodam bagi infrastruktur penting seperti saluran paip dan pembekalan kuasa.

Haley dari Symantec berkata kes kamera pengasuh digodam mendapat perhatian bulan lepas tetapi tiada perkara yang serius berlaku.

Tetapi teknik yang sama boleh digunakan untuk menggodam industri lain.

"Jika saya boleh melihat kamera keselamatan kilang pesaing saya, saya dapat melihat bagaimana mereka bekerja,” kata Haley