Saturday, March 31, 2012

Bantuan Peribadi Dato Sri Shafei, Wajar Di Syukuri

Sering saya dengar pelbagai persepsi kononnya,Dato Sri tidak mengindahkan masyarakat bawahannya. Tahu ke anda, Dato Sri ada menyediakan wang bantuan pendaftaran murid Sekolah (RM300-500) tahun 1 dan tahun/darjah seterusnya bagi mereka yang tidak berkemampuan. Bantuan yuran memasuki Universiti juga ada disediakan dengan nilai RM1000-1500. Malah kalau ada ibu bapa yang ingin menghadiri majlis konvokesyen anakn, Dato Sri juga ada menyediakan tiket percuma. Mahu apa lagi dari politik ni ya ?

Jangan cerita bantuan yang berbentuk perikanan, setia kali Dato Sri melawat ke kampung kampung di sekitar daerah Semporna, Dato Sri ada menyediak bantuan enjin sangkut tapi sayang, bantuan enjin sangkut tersebut dijual untuk mendapatkan tunai oleh di marhaen. Lepas itu minta lagi, entah betapa ribu sudah bantuan enjin sangkut ni diberikan.

Jangan cerita lah bantuan projek pada AJK AJK Bahagian dan Ketua Ketua Cawangan, mereka pasti mendapatnya setiap tahun malah ada yang dapat walau belum sampai setahun. Sedang projek wajib untuk setiap Kampung tetap juga diberikan. Itupun masih ada yang merajuk. Adeh....

Hello, kekadang khawin dan mati pun Dato Sri yang uruskan. Ia bukan sahaja untuk masyarakat Semporna malah masyarakat luar juga dapat merasanya (bantuan kewangan menerbangkan jenazah dari Semenanjung). Tiket balik Hari Raya pun kekadang dihulur, adui.

Banyak lagi kalau saya dinyatakan disini.

Kesimpulannya, Dato Sri telah melaksanakan tugasnya sesempurna mungkin. Maka itu tidak usah dipertikai, dokong saja Dato Sri, sebab selepas ini Semporna tidak akan lagi mampu melahirkan pemimpin seperti beliau.

USNO Bernaung Bawah STAR/UBF

Kalau memang zaman Kegemilangannya, ya itu benar. Tapi masa itu sudah berlalu, era ini adalah era untuk anak muda. Biarkan saja anak muda yang menentukan nasib depan mereka. USNO belum terdaftar pada ROS dan tidak mungkin boleh bergiat aktif dalam politik. Maka itu mereka perlu bernaung dibawah bumbung politik STAR/UBF sedang STAR/UBF dilihat banyak memperjuangkan politik kaum KDM, dan semestinya tidak memperjuang kaum bangsa Bajau Suluk secara total. Untuk kaum bangsa Bajau Suluk jangan gadaikan masa depan generasi anda dengan agenda sempit STAR/UBF ini. Ada berapa orang sudah kaum Bajau Suluk yang sudah berada di tingkat atas hasil kebijakan pemerintah selama ini ? Tidak terbilang sudah ramainya, kan. UMNO/BN adalah juga parti kaum Bajau Suluk dan suku suku yang lain. Sekali lagi usah terpengaruh dengan politik lawan yang hanya cuba memperalat anda sebagai pengundi untuk kepentingan mereka.

Percaturan Politik PKR Semporna.

Perpecahan di kalangan calon PKR Semporna semakin Terserlah. Dan senario ini memang sudah dijangka sebelum tibanya saat PRU13. Seramai 48 politikus bawahan dijangka mencalonkan diri atas tiket PKR sedangkan hanya 1 kerusi DUN yang difikirkan berpotensi.

Baru baru ini, ada di kalangan ahli PKR sendiri yang pergi ke Kota Kinabalu untuk bertemu ahli tertinggi pusat PKR bagi menafikan potensi calon dikalangan mereka, dikata calon itu mempunyai agenda tersendiri lagi tersembunyi.

Terbukti kelompok PKR daerah ini tidak punya kerjasama atau tiada agenda ikhlas demi masyarakat marhaen. Maka itu masyarakat Semporna harus bijak menilai kemampuan pihak lawan sekaligus tetap berpihak pada politik pemerintah yakni UMNO/BN khasnya kepimpinan Dato Sri Shafei Apdal.

Monday, March 26, 2012

Lawatan Mesra Ke Kampung Sungai Gadjah

Penantian marhaen untuk mendapatkan pembangunan telah direalisasikan pada hari kemarin.

Pengumuman Dato Sri Shafei Apdal bahawa Kampung ini akan mendapat rumah PPRT sebanyak 20 unit telah mendapat sambutan yang sangat nostalgik. Program bantuan ini akan diselesaikan dalam tempoh yang terdekat.

Dato Sri Shafie Apdal bersama Masyarakat Gusung Melanta.

Kehadiran DSSA ke kampung ini telah berjaya mengubat rindu marhaen. Pemberian peruntukan pembaikan masjid dan pembaikan jambatan telah menceriakan kehidupan marhaen sebab mereka sedar aktiviti mereka akan lebih mudah dilaksanakan.

Dikatakan parti PKR telah mula bertapak di kampung ini. Tapi hasil kebijaksanaan DSSA kemelut itu telah berjaya diselesaikan. Saya secara peribadi mengharapkan agar masyarakat ini kembali bersatu padu, sebab kalau memang pembangunannya yang ingin dicari ya dokonglah pemerintah/DSSA, sebab hanya parti dan pemimpin ini yang mampu merealisasikannya.

Tuesday, March 20, 2012

Bila Kami Masuk Kampung (Dato Sri Shafei Apdal)

Pemimpin kesayangan masyarakat Semporna ini,tetap juga membuat lawatan ke kampung kampung walau sibuk dengan tugasan di KKLW. Ini lawatan beliau ke kampung Tongkallo.

Monday, March 19, 2012

Jiwa Seorang Pemimpin

Keakraban yang sejati. Dato Sri Shafei Apdal bersama masyarakat Pulau. Ini sebenar kuncinya kenapa Dato Sri sentiasa berada di hati masyarakat marhaen selain kemudahan yang disediakan dari semasa ke semasa.

Ini memerlukan perhatian yang serius dari yb DUN Bugaya

Sudah berkali isu ini diutarakan. Tapi tidak mendapat perhatian. Mahu kata apa lagi.......