Monday, February 9, 2015

PKR Kelantan Tidak Puashati Dengan PAS

Ketika PAS dan PKR bergabung di Kelantan tahun 2008, PAS berjanji akan berlaku adil.

Tidak cukup dan kami mahu lebih. Itulah tuntutan PKR Kelantan terhadap PAS Kelantan yang tidak berpuas hati dengan peruntukan kerusi pihak berkuasa tempatan.

PKR Kelantan mendakwa kerajaan PAS negeri hanya memperuntukkan tiga daripada 23 kerusi Ahli Majlis untuk diisi dalam pentadbiran Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Rantau Panjang (MDRP).

Pemimpin PKR cawangan Bandar Pasir Mas, Zulkifli Kamaruddin memberitahu, PKR negeri itu selalu dianak-tirikan oleh kerajaan PAS dari segi jumlah calon untuk pilihan raya umum, pelantikan Penyelaras DUN mahupun Ahli Majlis Majlis Daerah di Kelantan.

Ia terbukti atanya, apabila proses pelantikan Ahli Majlis Majlis Daerah bagi dua daerah itu, PAS Kelantan hanya melantik dua dari PKR untuk MDPM dan seorang lagi untuk MDRP, sedangkan PAS menguasai 20 kerusi di dua Majlis Daerah itu.

“Dalam pelantikan kelmarin, PAS melantik 10 ahli mereka untuk kerusi Ahli Majlis MDPM dan 10 lagi bagi memenuhi kerusi Ahli Majlis MDRP, sedangkan PKR hanya tiga orang sahaja.

“Ketika PAS dan PKR bergabung di Kelantan tahun 2008, PAS berjanji akan berlaku adil kepada PKR, tetapi pada pilihan raya umum tahun 2013 lagi PAS sudah menunjukkan ketidakadilannya,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

Zulkifli berkata, parti PKR dan ahli-ahlinya di Kelantan selalu dikecewakan oleh PAS Kelantan dalam pembahagian semua kuota pentadbiran dalam kerajaan negeri, seolah-olah kewujudan PKR tidak penting bagi PAS.

“Inilah kaedah pembahagian dan pengagihan kuasa Pakatan Rakyat (PR) di Kelantan dan tidak munasabah dua di Pasir Mas dan seorang di Rantau Panjang. Berilah lebih sedikit,” katanya.

Sumber FMT.

Ulasan Admin.

Suka kalau ini dapat di cerahkan oleh penyokong rasmi PAS, walau dimana mereka berada.

(Mohon pencerahan. Siapa sebenarnya yang tidak mendukung agenda kesaksamaan hak. Sedang kesaksamaan adalah agenda PR.

Ini betul betul memalukan ni. Tapi kan apapun yang berlaku hina menghina tetap mereka kompenan PR  bersahabat baik. Hanya penyokong mereka yang buat buat tidak tahu, kita pula penyokong BN yang sibuk mempersoal apa yang mereka perjuangkan. Cukup cukuplah jadi hamba politik sedang sehingga kini pentadbiran BN juga yang memberikan kalian ruang di dalam berekonomi).

Tidak salah memihak pembangkang, tapi betul kan lah apa yang salah. Kalau rasa tetap tidak menguntungkan, beralih pula kepada BN. Baru namanya matang di dalam berpolitik.


No comments: