Friday, February 6, 2015

Tindakan Mengaibkan Yang Tidak Wajar Terhadap Pasangan


Sengaja saya kaburkan. Kita sangat  mengutuk tindakan mengaibkan terhadap pelaku walaupun mereka telah melakukan kesalahan. Sedangkan mereka melakukan suka sama suka. Saya dimaklumkan, kejadian berlaku di pantai timur Semenanjung (sengaja saya tidak sebutkan nama negerinya secara khusus).

Nasib baik saja tidak dinyatakan nama pesalah. Adeh

Cekup saja selepas itu berikan keadilan, saya ingat ia tindakan yang  lebih wajar daripada mengaibkan, entah untuk apa.

Siapa tahu selepas mereka diberikan keadilan yang wajar maka mereka akan bernikah. Daripada diaibkan selepas itu mereka mengambil keputusan untuk berpisah sebab telah menanggung malu dimana masing-masing pihak keluarga tidak boleh menerimanya.

Kita manusia ni kan, tidak akan mampu lari dari melakukan kesalahan walaupun dari kesalahan yang nyata. Berikan saja hukuman yang berhemah semoga dengan itu pesalah akan berubah. Mengaibkan bukan jalan penyelesaian, apa lagi kalau sudah tersebar di ruang maya, viral pula tu.

Tindakan mengaibkan sama ada dengan menayangkan gambar atau dengan hanya menyebut nama penuh.  Hanya akan menimbulkan dendam sesama masyarakat. Tidak terkecuali catatan pada portal media rasmi perdana, termasuklah surat khabar kalau boleh elakkan, terkecuali melibatkan individu yang berstatus  pemimpin rasmi, itupun kita tengok dulu apa moralnya.


No comments: