Wednesday, February 11, 2015

Pelik Liwat 2 Menjadi Kes Politik Antara UMNO Dan PKR



Saya tidak faham kenapa kes mahkamah Anwar menjadi senjata politik pembangkang. Seolah olah perang antara PR dan UMNO. Macam saja telah dirancang yang Saiful mewakili UMNO, walhal awalnya Saiful adalah pembantu peribadi Anwar. Ketika liwat berlaku. Pelik saya

UMNO dilibatkan sejak dari awal sehinggalah keputusan pertuduhan liwat diketahui. Ketika hakim memutuskan Anwar sebagai bersalah, ada pihak yang bersuara kononnya ia adalah konspirasi UMNO bagi menjatuhkan pemimpin pembangkang, Anwar. Logik kah, bodoh sangat kah peguam yang mewakili Anwar.?

Terbaru politik PKR mengajak masyarakat agar turut hadir di perhimpunan jalanan bagi menghuru harakan negara selain setiap hari berhimpun di hadapan penjara Sungai Buloh.

Dua kali lima juga dengan penyokong pro pemerintah. Kelmarin ketika menunggu keputusan kes liwat 2 Anwar. Dua kumpulan penyokong parti saling berpakaian yang agak seragam. Entah apa tujuan sebenar mereka, ingin membuat huru hara selepas hukum diputuskan.? Ertinya tidak percaya pada ketelusan sistem kehakiman. Politik kampung memang.

Kalau mahu sangat mempolitikkannya berbicara saja atas pendapat peribadi semata-mata jangan libatkan UMNO.

Pada masa yang sama kedua pihak menanti keputusan hakim dengan penuh sabar.? Kalau rasa rasa sejak dari awal tidak boleh menerima keputusan mahkamah. Baik saja engkar dari proses kehakiman. Buat huru hara anjurkan perang berdarah. Alahai

Kelmarin 10hb, Kehakiman telah mendapati Anwar Ibrahim sebagai bersalah dan dipenjarakan selama tempoh 5 tahun.


No comments: