Saturday, February 28, 2015

Nga Kor Ming, Mengheret Agong.

Nga Kor Ming yang juga pemimpin DAP. Sibuk mempersoal surat jemputan Anwar Ibrahim ke pembukaan sidang Parlimen penggal ketiga yang akan di adakan pada 09hb Mach 2015.

Menurut kelentong DAP. UMNO yang sengaja menghalang Anwar daripada hadir. Supaya dengan itu selamanya penyokong PR tidak berpuashati dengan UMNO. (Kenyataan DAP yang berniat jahat)

Pada masa yang sama, sama ada DAP menyedarinya atau tidak. DAP sedang mengheret Institusi Raja ke lapangan politik, memandangkan surat jemputan berkenaan datang daripada Institusi Raja.

Sedang hakikatnya surat  yang diterima oleh Anwar adalah berupa surat jemputan biasa pada semua ahli Parlimen, bagi memenuhi prosedur. Tapi tidak bermaksud setiap ahli parlimen yang dikenakan jemputan atau Anwar diwajibkan hadir.
Bukan seperti surat jemputan angkat sumpah sebagai ahli parlimen, yang mengwajibkan kehadiran. Harus di faham.

Jangan saja asyik menuding pada politik UMNO, lihat pada diri sendiri sebagai pemimpin dan penyokong pembangkang. Siapa yang rugi kalau Anwar tidak dapat hadir di sidang Parlimen bagi menyuarakan kehendak  penyokong mereka.? bukan kah penyokong totok PR itu sendiri.

Jadi apa yang perlu dilakukan. Tetap mempertahankan Anwar walaupun sudah tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen atau saja Ketua pembangkang.? Jangan negatif hanya kerana politik, lihat balik atas tujuan apa kalian mendokong parti parti politik.

Penyokong PR juga harus tahu Jabatan Parlimen dan Jabatan Penjara adalah dua entiti yang berbeza. Masing masing dengan bidang kuasa mereka. Saling ada peraturan yang perlu di patuhi sebelum meluluskan sebarang permintaan.


No comments: