Thursday, February 26, 2015

Semakin Lemah Politik Musa.

Semakin lemah ini politik BN Sabah. Habis pemimpin pemimpin BN kena buang kalau begini. Hanya kerana membuat kenyataan yang sedikit bertentangan walhal pada isu yang remeh.

Kalau pun tidak bersetuju dengan teguran oleh pemimpin yang terpalit apa lagi dia juga pemimpin BN, jadi tidak usahlah menegurnya secara terbuka. Mereka juga punya maruah sebagai wakil masyarakat yang telah diberikan mandat.

Di tambah perkara yang mereka persoalkan, tidaklah nanti merosakkan BN. Maklum Sabah negeri simpanan tetap.

Tapi sebaliknya teguran berkenaan adalah untuk membetulkan apa yang patut demi kelangsungan BN.

Entah entah pentadbiran BN Sabah ni, ada unsur unsur Anwarisma tanpa mereka sedari. Bersikap tegas tidak tentu pasal tanpa memikirkan faktor  yang telah menyebabkan beberapa kawasan menjadi milik pembangkang.  Harus mengambil iktibar bukan malah membatukan sikap.

Sebelum ini Datuk Jumat, sekarang ini wakil rakyat Putatan Marcus Mojigohw yang akan dikenakan tindakan tatatertib. Semakin hari semakin jelek ini BN dibawah pentadbiran Musa. Macam pula pemerintahan kuku besi. Tidak relevan sudah kok, alahai.

Untuk makluman, pemimpin dari Putatan ini pernah membela PERKASA sebab di tuduh cuba untuk membakar Bible.

Teruskan membaca artikel yang saya salin dari portal FMT. Artikel ini yang saya maksudkan. :-

KOTA KINABALU: Wakil rakyat Putatan dan Naib Presiden Upko, Marcus Mojigoh bersedia terjun dari jambatan atau bangunan daripada menyertai pembangkang jika terus diberi tekanan atau gangguan oleh Barisan Nasional atas kenyataanya baru-baru ini tentang dasar kerajaan,
Marcus berkata menyertai parti pembangkang jauh lebih bahaya daripada Barisan Nasional, tetapi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak selesa dengan apa yang dikatakan, Marcus memberi amaran dalam nada sindir bahawa dia akan menunggu surat untuk terjun dari jambatan. “Semakin mereka kacau saya, semakin saya akan buat kecoh. Jangan main-main dengan saya. Jika mereka mengacau saya, saya juga boleh membuat kacau,” tambah beliau.

Beliau membayangkan BN parti yang penuh dengan buaya tetapi masih boleh berhadapan dengannya manakala, buaya-buaya dalam pembangkang jauh lebih berbahaya dan boleh menelan saya. Marcus berkata demikian selepas menyertai sambutan Tahun Baru Cina Unit Kebajikan UTC pada hari Rabu.
Marcus mengulas kenyataan Adun Petagas yang juga Timbalan Ketua Menteri, Yahya Hussin, bahawa beliau patut menyertai pembangkang kerana “mempersoalkan dasar kerajaan”.

Beliau juga menyentuh tentang debat di laman media sosial, Facebook, tentang sama ada beliau akan melompat dari periuk (BN) ke dalam api (Pakatan Rakyat) atau sebalinya.

Beliau menambah bahawa apa yang dikatakan oleh beliau dalam mengkritik BN adalah pandangan peribadi beliau dan tiada kaitan dengan parti beliau Upko. “Mereka boleh memberikan surat tunjuk sebab kepada saya kerana pandangan saya? Adakah mereka berani? Mereka tahu siapa saya. Saya tidak peduli sama ada mereka suka saya atau tidak. Saya dipilih oleh rakyat,” kata beliau.

Menyentuh tentang teras hujahnya tentang konsep BN, beliau menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang berprinsip walaupun ada sesetengah orang yang tidak bersependapat. “Jika sesuatu perkara itu mengganggu pemikiran saya, saya akan mempersoalkannya,” jelas beliau ketika mengenangkan ketidakpuasan beliau dengan BN.

Beliau memetik isu Wakil Rakyat Seputeh, Teresa Kok yang dilarang daripada memasuki Sabah sebagai contoh situasi yang “mengganggu pemikirannya dan bertentangan dengan prinsipnya”.

“Pelarangan individu dan ahli politik daripada Sabah dan/atau memenjarakan mereka telah lapuk dan tidak lagi diterima pada masa kini.
“Itu adalah politik zaman lalu. Orang muda tidak suka permainan politik sedemikian. Mereka mahu meluahkan, mendengar dan membaca tentang apa yang sedang berlaku. Mereka berminat dalam media sosial,” kata Marcus.

“Jadi, kita mesti mengikut rentak orang muda. Kita membiarkan Teresa Kok untuk datang ke sini. Ia terpulang kepada rakyat sama ada untuk menerima atau tidak apa yang dikatakan oleh beliau.”

Kerana bercakap bagi pihak Wakil Rakyat dari pihak pembangkang, tindakan beliau dipersoalkan daripada pelbagai pihak dalam BN, kata Marcus.
Marcus akan mempertahankan Sabah jika Kok “membuat masalah”.

“Saya tanya anda . . . Adakah Teresa Kok begitu berbahaya? Adakah anda takut beliau datang ke Sabah? Jika anda takut maka saya betul. Ia bermaksud anda takut akan Teresa Kok! Tetapi jika anda tidak takut, kenapa larang beliau?” soal beliau. “Adakah kita sangat lemah hingga takut dengan Teresa Kok? Tidak, saya tidak berasa sedemikian!”

“Kami lebih baik daripada Teresa Kok.” Marcus berkata bahawa sebagai Wakil Rakyat, beliau akan menjadi orang pertama yang akan mempertahankan Sabah jika Kok “membuat masalah”.

Beliau memberikan satu lagi contoh iaitu penukaran agama seorang pelajar prempuan Kristian di bawah umur di SMK Kinarut, dekat Kota Kinabalu. “Ini bukanlah kes yang pertama di sekolah-sekolah dan di kampung-kampung,” kata beliau.


No comments: