Monday, February 16, 2015

Baik CEO 1MDB Jawab Macam Ini.?

CEO 1MDB cuba bodohkan rakyat – Khairuddin. FMT Reporters | Feb 16, 15 5:39pm

Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang?

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.

Beliau berkata, CEO 1MDB itu selalu memberikan kenyataan yang memutarbelitkan fakta dan bukan menjawab persoalan yang dibangkitkan.

“Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang? Di manakah duit 1MDB berada masa kini? ” soalnya dalam kenyataan media kepada Free Malaysia Today.

Beliau menambah, “Arul Kanda kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk bayar sejumlah RM2 billion hutang Maybank dan RHB Capital Bhd.”
Khairuddin turut mengulangi gesaannya sebelum ini berhubung status wang yang ditebus daripada pelaburan di Cayman Islands.

Menurut beliau, Lembaga Pengarah dan Presiden 1MDB gagal memberi jawapan berkenaan keberadaan wang berjumlah RM8.3 billion.

Sehubungan itu ujarnya, Arul cuba menegakkan benang basah apabila gagal memberi penjelasan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.

“Arul Kanda jangan terlalu banyak membuat kenyataan untuk memutarbelitkan fakta. Arul Kanda kena berani bercakap fakta yang hakikat, seterusnya memperbetulkan segala kelemahan yg sedang melandai 1MDB.

“Arul Kanda mesti bertindak secara jujur utk mengambil satu pendekatan proaktif bagi menyelesaikan kemelut 1MDB,” katanya.

Beliau juga mencabar CEO 1MDB itu untuk menyenaraikan hutang dalam dan luar negara syarikat tersebut serta membentangkannya kepada rakyat.

“Begitu juga dengan menyenaraikan keseluruhan aset 1MDB agar rakyat lebih jelas dan faham akan kedudukan 1MDB pada masa kini. Arul Kanda juga mesti menjelaskan tentang kedudukan serta ‘employment’ di dalam 1MDB.

“Adakah Arul Kanda dilantik dan digajikan oleh 1MDB ataupun adakah hanya bersama 1MDB untuk menjaga kepentingan syarikat kewangan dari Abu Dhabi?” soal Khairuddin.

Ulasan

Baik CEO 1MDB jawab. Sebabnya ialah kerana pelaburan 1MDB belum lagi mencatatkan keuntungan. Melabur memang begitu, bukan hari ini melabur esok pagi untung. Sebab itulah 1MDB terpaksa membuat pinjaman kewangan dari dua bank, Maybank dan RHB Capital Bhd untuk mengurangkan beban.

Untuk mendapatkan keuntungan, perlu lah memakan masa yang panjang. Itupun belum tentu mendapat untung, namanya berniaga.

Walaubagaimanapun kita bersetuju agar pihak 1MDB menyenaraikan semua jenis pelaburan yang telah diceburi.

Apa nak risau senaraikan saja lepas itu paparkan kepada umum, supaya dengan itu tidak lagi kedengaran suara suara yang tidak berpuashati. Tapi perlukah.?

Kalau sebelum ini yang menjadi persoalan ialah kenapa 1MDB rugi. Sedang benar pelaburan ada berlaku, admin ingat ia bukannya persoalan yang wajar untuk ditimbulkan. Sebab kita perlu ingat, bagaimana pula kalau sebelum ini 1MDB mencatatkan keuntungan. Tidak kah kita akan melontarkan pujian yang menggunung.


No comments: