Friday, February 13, 2015

Operasi KPDNKK Buat Di Lahad Datu, Tempat Anda.?

KPDNKK Lahad Datu telah menjalankan operasi yang dipanggil Ops Catut bagi mengekang harga jualan. Hasilnya telah didapati ada pemilik premis dengan sengaja menaikkan harga jualan di antaranya.

Set sayap, dari RM3 menjadi RM3.50
ABC istimewa dari RM4.00 menjadi RM4.50. Mee Sedap dari RM1.50 kepada RM2.00 begitu juga dengan Indomee.

Walaupun dapatkannya agak remeh tapi sekurang kurangnya sedikit menyedarkan para peniaga sebab dengan itu mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM50 ribu atau penjara tidak lebih dua tahun atau keduanya.

Bagaimana pula di tempat anda.? Macam duduk di Dubai kah. Alahai

Seminggu lepas admin duduk di Bukit Bintang untuk beberapa hari. Harga makanan di restoran Mamak di sekitar Bukit Bintang yang cukup terkenal tidaklah mahal mana berbanding setengah tempat di negeri Sabah khasnya di pantai timur Sabah.

Betullah kata kawan kos sara hidup  duduk di KL lagi murah berbanding  di setengah tempat di negeri Sabah. Yang hanya murah bila kita beli ikan mentah lepas itu rebus dengan serai. Jangan masak guna pelbagai bahan nanti harganya melebihi harga di restoran tertentu. Walaupun kenyataan ini kurang jelas, tapi serba sedikit ada kebenarannya. Betul tidak.?


No comments: