Wednesday, February 25, 2015

Apa masalahnya Dengan Gelaran Harimau Malaysia.?



Apa masalahnya kalau gelaran pasukan bola sepak negara di tukar daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.?

Mungkin selepas ini pemain Harimau Malaysia akan lebih mantap. Mampu bersaing di peringkat antarabangsa, malah layak ke Piala Dunia. Sebab pasukan kebangsaan sudah di isi dengan roh perjuangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum bangsa serta agama. Siapa yang tahu.?

Berbanding sekarang, prestasi pemain  tidak menentu. Kemenangan yang di rai hasil dari kecuaian lawan semata-mata, bukan dek kerana kesungguhan demi namanya negara bangsa. Tidak dinafikan nampak ganas bila berada di atas padang tapi kesungguhan yang kita nampak tidak datang dari dalam. Mudah lemah dan kecewa, mungkin doa rakyat Malaysia pada ketika itu tidak bersatu masih ada sentimen kekitaan. Sebab kata mereka itu yang bermain adalah pasukan dari Semenanjung/Malaya. Bukannya pasukan kebangsaan.

Dalam masa yang sama ia boleh mendatangkan untung kepada politik BN. Kan sukan boleh menyatu padukan masyarakat yang berpecah,  sengketa boleh dilupakan. Lama kelamaan akan ia membawa kepada keharmonian, saling hormat menghormati walaupun berlainan parti.

Masyarakat pula jangan lah terlalu berpolitik hanya kerana nama binatang. Sedang Harimau itu sendiri dia tidak tahu kalau namanya ialah Harimau dari Malaya. Kita manusia yang berakal yang menentukannya.

Jangan kalut, jangan lidut. Saya percaya andai PR yang menjadi pemerintah negara, pasti mereka akan menukar gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Pada waktu mereka sengal tinggal mengangguk. Terlalu lah sengalnya.

Kesimpulannya kita bersetuju dengan pendekatan terbaru yang diperkenalkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Tuan KJ. Tahniah, ;-)

Menukar gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia.


No comments: