Wednesday, February 25, 2015

Tiga Tapak Perkampungan Di Daerah Semporna Milik Syarikat Swasta.?

Gambar di Ambil sekitar 1959-1960. (1)
Gambar di Ambil sekitar 1959-1960. (2)
Bukti Tapak Perkampungan Kini Milik Syarikat Swasta

Cerita bab tanah di Sabah ini sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat marhaen. Seolah olah sebahagian daripada fitrah tanpa persoalan tanah ertinya mereka bukan orang Sabah.?

Sebelum ini isu tuntutan tanah hangat di pantai barat. Bukan alang alang melibatkan keluasan yang besar dan jumlah penduduk yang ramai. Tidak dinafikan, ada juga yang telah mendapat perhatian sekaligus penyelesaian selepas bergelut malah ada di antara mereka yang menganjurkan tunjuk perasaan.

Terbaru dalam pengetahuan admin selepas menerima maklumat rasmi dari pemimpin politik, ialah tapak perkampungan di daerah Semporna.

Terdiri dari tiga buah Kampung Senang Hati, Sungai Nasib dan Lihak-Lihak.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Hutan telah mengisytiharkan konon tapak perkampungan berkenaan adalah merupakan hutan simpan yang tidak boleh diceroboh.Tapi pada masa yang sama telah menganugerahkannya kepada orang perseorangan, Syarikat Pua Brothers. Hasilnya,  30 buah rumah telah di robohkan.

Kriteria yang wajar diberikan pertimbangan oleh pentadbiran negeri sebelum membuat keputusan yang agak drastik apa lagi melibatkan masa depan masyarakat ialah siapa yang terlebih dahulu meneroka tanah berkenaan berbanding pemohon baharu, siapa yang membenarkannya, tahun berapa ia diteroka untuk dijadikan tapak perkampungan.

Menurut sumber berdasarkan bukti kukuh, tiga kampung berkenaan telah di teroka sejak lagi tahun 1959 dan telah diwartakan secara rasmi sebagai perkampungan pada tahun 1960 oleh Tun Sakaran Dandai.

Mungkin yang dimaksudkan dengan zone larangan hutan simpan ialah, hanya larangan pada masyarakat marhaen tapi tidak pada Syarikat Swasta yang menguntungkan individu yang ada di dalam pentadbiran negeri atau penguatkuasa.?

Harus kemelut ini di selesaikan, cari alternatif yang memenangkan kedua belah pihak. Ingat dalam kerja apapun, Tuhan ada disana.

Masyarakat ialah sejenis manusia  bukannya sejenis binatang peliharaan. Suka suka saja tuannya mengeluarkan arahan.

Gambar yang tersisip diatas adalah bukti kukuh, siapa sebenarnya yang lebih layak menduduki tapak yang menjadi pertikaian:-

1. Gambar di ambil sekitar 1959-1960. Membuktikan tapak perkampungan yang menjadi pertikaian telah di teroka lama sejak berdekad yang lalu.

2. Bukti tapak perkampungan yang diisytiharkan zone larangan tapi rupanya milik syarikat Swasta.

Pentadbiran apa ini.?


No comments: