Saturday, February 7, 2015

Isu Semasa Sabah, Kehadiran Pakistan Dan Imigresen



Isu terkini di Sabah ialah pasal kehadiran ramai warganegara Pakistan dan keterlibatan segelintir kakitangan Jabatan Imigresen di dalam memberikan keterangan diri dengan cara yang salah, terutamanya di Pantai Timur Sabah.

Pada saya kan, kita persoalkan saja kehadiran warga Pakistan yang terlibat dengan kegiatan penjenayahan. Adapun mereka yang budiman, agaknya mungkin boleh kita pertimbangkan. Apa lagi mereka yang sudah bernikah dengan orang tempatan.?

Ada beberapa tempat yang telah dikenalpasti sebagai tumpuan pemastautin mereka antaranya Kinarut, Tawau, Sandakan, dan Kudat. Ini kegagalan siapa ni ya.?

Penyokong pembangkang kata, berbeza kalau pemimpin mereka yang datang ke Sabah belum pun sempat menjejakkan kaki ke balai ketibaan sudah pun dihalau tapi kalau komuniti berkenaan wah bebas tanpa sekatan. Seolah olah ada pemimpin tertinggi di belakang mereka.

Mohon pencerahan. Supaya dengan itu tidak ada lagi masyarakat yang berburuk sangka terhadap pentadbiran negeri, khasnya Ketua Menteri Sabah, hingga ada di kalangan mereka yang mengaitkannya dengan hubungan bangsa sebab itulah kehadiran warga Pakistan agak ramai di Sabah.???

Walaupun selepas terbongkarnya isu ini ada keluar kenyataan dari Ketua Menteri Sabah yang membuat gesaan  agar tindakan yang lebih lanjut perlu dikenakan dengan membawa mereka yang terbabit kemuka pengadilan, tapi masyarakat merasakan itu hanyalah kenyataan biasa dimana masyarakat kurang mengindahkannya. Maklum kata mereka, cukup hanya kenyataan akhbar yang lurus untuk menyelamatkan diri dari terpalit. Oleh itulah kita memohon pencerahan, ok. Thumb

Apa mungkin isu terbaru ini ada kaitannya dengan jawatan Ketua Pengarah Imigresen Negeri Sabah yang ditukarkan sebagai Ketua Pengarah Esscon selepas itu pula ditukarkan ke agensi lain, dengan berbuat demikian maka urusan pemastautin warganegara Pakistan dapat dilakukan dengan mudah. Tapi akhirnya kantoi.?

Mahu tidak mahu, persepsi diatas lah yang bermain di akal fikir masyarakat. Saya hanya menyampaikan, penyelesaiannya terpulang. Jadinya.?


No comments: