Monday, March 17, 2014

Strategi BN Di DUN Kajang

Sebab kenapa UMNO di tolak di negeri Selangor perlu di ketahui atau pasti saja sudah di ketahui, kalau begitu begini ceritanya.

Kalau sudah di ketahui, maka individu yang wajar bercakap pasal masa depan Kajang perlu terdiri dari mereka yang tidak terpalit dengan isu yang menyebabkan UMNO di tolak oleh masyarakat Selangor.

Harus berubah jangan tetap menganggap masyarakat itu tidak ada pilihan lain dalam berpolitik.

Janganlah tunjuk sangat kelebihan duniawi hasil dari politik yang kamu orang dapat tu, sebab masyarakat tahu juga kok tu dari mana asalnya terkecuali kamu dari jenis orang yang berkebajikan tinggi seperti pemimpin tertentu yang ada dalam kepimpinan UMNO.

Kamu orang tetap ingat, tugas jentera BN di DUN Kajang ialah mengurangkan majoriti PKR, sebab ia juga sejenis kemenangan dari konteks penerimaan masyarakat terhadap BN tapi lagi cantik kalau BN mendapat kemenangan. Nah kalau tidak boleh merubah apa apa keputusan, selepas ini jangan lagi menunjukkan gigi, malu kita. :)

Pada saya selain calon BN, Chew Mei Fun yang perlu berkerja keras, dengan menunjukkan keupayaannya dari semua segi termasuklah hal keintegritian dan komitmen. Pemimpin tertinggi UMNO/BN juga perlu berkempen secara walk about.

Sebab kalau juga masyarakat politik biasa yang berkempen atau mereka yang terpalit dengan isu tertentu yang menjadi bualan masyarakat Selangor. Lagi tidak berkesan kalau individu itu tidak mampu merealisasikan apa yang dia katakan sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Saya ingat ia tidak akan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap BN.

Lalu apa yang perlu di buat bagi menanganinya ?

Pada pendapat saya bermula dari Presiden parti hinggalah ke Naib Naib Presiden. Mereka bersama  Calon BN Chew Mei Fun perlu berkempen secara berkumpulan berikan jaminan bahawa Chew Mei Fun adalah calon pemimpin yang akan membawa masalah masyarakat kepengetahuan pentadbiran pemerintah untuk di laksanakan. Khabarkan pada masyarakat bahwa pada setiap suku tahun akan ada sesi bertemu dengan ketua ketua masyarakat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap apa apa isu yang dikemukakan. Tidak usah menjanjikan pembangunan yang mega, cukup dengan hanya berbuat demikian.

Atau kalau boleh tumpukan pada kelompok masyarakat yang agak terpinggir, berikan mereka kefahaman pasal dasar berkebajikan yang cuba di perkenalkan oleh pemerintah pada masa yang sama berikan mereka bantuan secara langsung, tapi pastikan seolah olah tidak ada orang yang tahu selain mereka agar ia tidak kelihatan komersial demi PRK Kajang.

Seperti biasa, utarakan kelemahan calon PKR berdasarkan sejarah perkhidmatan mereka yang tidak mampu membawa apa apa kebaikan kepada masyarakat.

#jalinanpolitik

No comments: