Saturday, March 15, 2014

Ikan Pontianak

Pekerja hidupan liar akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam usaha untuk membunuh ‘ikan pontianak’ yang menghisap darah ikan lain.Lamprei laut dewasa boleh mencapai dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.Dengan mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.





Larva lamprei laut itu di sungai itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkanlamprei dewasa di tasik ,” kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.Menurutnya, rawatan itu 95 hingga 99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.Lamprei laut biasanya digelar ‘ikan pontianak’ kerana ia menghisap darah ikan lain




No comments: