Sunday, March 9, 2014

Spekulatif Kehilangan MH370 (2)

Ada pelbagai spekulasi, termasuklah melibatkan pengganas. Sebentar tadi saya membaca satu artikel rasmi. Katanya mustahil berlaku insiden rampasan pesawat MH370, ini kerana Malaysia mempunyai sistem kawalan keselamatan yang agak ampuh.  
Memang benar apa yang pakar itu katakan, tapi pula saya tidak menolak kalau ia boleh berlaku, yang mungkin tidak berunsurkan keganasan tapi lebih kepada perlakuan nakal dari kalangan penumpang, terutamanya mereka yang mahir dalam hal komputer system yang memang berniat jahat untuk mengetahui sistem yang ada dalam pesawat MH370. 
Benar, anak kapal mengeluarkan arahan melarang menggunakan sebarang alat alat elektronik semasa dalam penerbangan tapi ada yang tidak menghiraukannya. Nah cuba kita bayangkan kalau ada dari kalangan penumpang yang mahir dalam komputer system lalu cuba mengakses sistem komunikasi pesawat, tidak kah ia menyebabkan sistem komunikasi terhenti secara total yang mungkin mengakibatkan pesawat hilang kawalan atau tidak boleh di kesan hingga mungkin menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini ? 
Dan saya tidak menolak kalau kerja nakal ini di lakukan oleh individu yang menggunakan passport palsu. 
Spekulatif ini bertepatan dengan artikel diri sebelum ini, dimana sistem elektronik pesawat mungkin telah terputus secara total. 


Spekulatif Kehilangan MH370 http://jalsjalin.blogspot.com/2014/03/spekulatif-kehilangan-mh370.html

No comments: