Friday, March 7, 2014

Membidas Kenyataan Dr Jeffrey Pasal Federal

Dr Jeffrey Kitingan, cuba mencari populariti murahan dengan mempersoal kepentingan masyarakat Sabah dari konteks Perjanjian 20 perkara.

Dengan membawa isu bantuan banjir sebagai kekurangan pentadbiran Federal. Dia cuba membuat perbandingan bantuan keatas mangsa banjir. Selain itu dia juga mempersoal peruntukan kewangan dari Federal.

Sepatutnya Dr Jeffrey Kitingan membuat soal siasat terlebih dahulu terhadap kepimpinan yang ada di negeri Sabah itu sendiri.

Mungkin Dr Jeffrey tidak tahu, bahwa negeri Sabah mempunyai rizab kewangan yang berbilion melebihi negeri negeri yang lain, tapi kenapa wang berbilion ini tidak digunakan untuk menyelesaikan kekurangan masyarakat Sabah itu sendiri ?

Soal bantuan banjir, saya di maklumkan ada di kalangan pemimpin pemimpin berstatus MP di pantai barat yang tidak mahu berkerjsama yakni mengeluarkan dana untuk membantu mangsa banjir walaupun bantuan dari pihak tertentu yang ada di semenanjung telah tersedia ?

Pokoknya pihak Federal tidak pernah menganak tirikan mana mana negeri di Malaysia, apa lagi Sabah dan Sarawak, yang terdedah dengan manipulation berdasarkan perjanjian 20 perkara. Yang patut di persoalkan ialah sikap segelintir pemimpin pemimpin DUN  Sabahan dan Sarawakian, mereka ini yang perlu di perbetulkan terlebih dahulu, buktinya kenapa mereka jauh lebih kaya dari masyarakat Sabah dan Sarawak ? Betul tidak

Dan saya yakin sikap jelek ini juga ada pada diri Dr Jeffrey Kitingan sendiri, buktinya apa yang dia telah buat ke atas negeri Sabah semasa dia berada dalam kerajaan ?

Pembangkang pembangkang di negeri Sabah ni, asal saja mahu kelihatan berpolitik terus yang di hentam itu Pihak Federal, wal hal dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Alahai

#jalinanpolitik

No comments: