Wednesday, March 12, 2014

Kapal Selam Digunakan Untuk Usaha Mencari MH370 ?

Agak agak konok kamu bha, kalau bersembang pasal teknologi pesawat segala ni. Sedang mungkin untuk menyelongkar computer system pun sudah hilang. Boleh saja mempersoal tapi pastikan paling kurang pun tahu mencari maklumat yang berkaitan.

Semakin hari, saya tengok semakin kosong. Ada dia punya sebab tu. Penyokong pertengahan dan bawahan PR maksudku. Adakah patut hingga melibatkan kapal selam dalam usaha mencari dan menyelamat MH370. Sedang sebenarnya satelit lagi yang lebih efisien. 

Ingat sedang pakar pakar pesawat dan keselamatan yang ada di negara ini sering bercanggah dengan pakar yang ada di luar negara, terutamanya negara maju. Bagaimana dengan kalian ? 


Baik, ada dari kalangan pemimpin dan penyokong PR yang berpolemik dengan penggunaan Kapal Selam milik negara, kenapa konok tidak digunakan, buat apa beli mahal mahal kalau juga tidak boleh digunakan :). Kamu orang nampak kah, ada dimana kedangkalan akal mereka. Mereka tidak tahu dulu lama sebuah pesawat penerbangan negara Francis Airbus A330 telah berlepas dari Brazil ke Francis pada 31 Mei 2009 (19:03) tapi di laporkan hilang dari radar pada 1 Jun 2009 (01:33) bangkai pesawat berkenaan hanya di temui pada 3 April 2011. Apa mungkin negara Francis tidak memiliki Kapal Selam yang canggih, tidak kah mereka terfikir untuk menggunakannya ? :) 

Maksudnya menggunakan Kapal Selam untuk usaha mencari dan menyelamat MH370 yang di polemik oleh pemimpin dan penyokong PR hanyalah bertujuan politik semata-mata demi PRK DUN Kajang. 





No comments: