Tuesday, March 25, 2014

Rumusan Kira Kira PRK Kajang Oleh Bloggers Aspan Alias

Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.

Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu. Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu. Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.

Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.

Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.

Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu. Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.

Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

Berikut adalah satu analisa oleh Blogger Pro UMNO yang mendedahkan mengapa Calon BN kalah dalam PRK Kajang ini...

No comments: