Tuesday, March 18, 2014

Azmin Harus Bertindak Terhadap Calon PKR Wan Azizah


Wan Azizah, Khalid dan Nurul Izzah adalah musuh politik Azmin Ali 

Bermaksud, sebenarnya Azmin Ali keseorangan di dalam politik PKR. Jadi apa yang perlu di buat oleh Azmin sebelum keadaan semakin parah, tidak lain tidak bukan dia harus menolak kepimpinan Wan Azizah tanpa pengetahuan Anwar atau saja dalam pengetahuan Anwar sekalipun dan masa yang paling sesuai untuk bertindak ialah di PRK DUN Kajang. 

Azmin, bukan sahaja musuh politik kepada Wan Azizah, tapi juga musuh keluarga Nurul/Wan Azizah. Permusuhan ini jelas dalam pengetahuan umum sejak umum mengenali Azmin yang pada ketika itu sebagai kroni kepada Anwar, ketika Anwar memegang jawatan "PM". Sebab itulah sebolehnya Azmin perlu bertindak dengan lebih agresif memandangkan pengikut Azmin jauh lebih ramai berbanding Khalid dan Wan Azizah, kelebihan ini harus digunakan dengan sepenuhnya dengan mengurangkan undi terhadap calon PKR, Wan Azizah. Barang diingat, selepas ini krier Anwar bakal berakhir sama ada dek kerana hukuman Mahkamah atau saja dek kerana usia yang sudah terlalu lewat sebagai orang politik. 


Penyokong politik  Azmin harus tahu Presiden PKR Wan Azizah Ismail pernah menghantar surat kepada Sultan Selangor berhubung perlantikan Menteri Besar selepas PR mendapat kemenangan di PRU 13 yang lalu, alsebab  itulah Azmin kempunan menjadi Menteri Besar, betul tidak ? 

Jadinya, Azmin jangan jadikan diri itu sebagai boneka politik PKR. Azmin harus menunjuk kekuatan politiknya agar dia tetap mendapat penghormatan dari kalangan pemimpin pemimpin PR bukan hanya berharap kepada kepimpinan Anwar semata mata. Ingat, kemenangan yang di dapat oleh Wan Azizah di PRK DUN Kajang adalah detik mula kepada kejatuhan politik Azmin.

Wan Azizah sedar lagi tahu tu hidup berkeluarga jauh lebih berharga dari kuasa politik semata-mata. Maka itu Azmin perlu di korbankan buat selamanya. 



Undilah Calon Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun

#jalinanpolitik #PRKKajang

No comments: