Tuesday, March 24, 2015

Mat Sabu Menggesa Agar Hubungan DAP dan PAS Di Pulihkan.

Maksud Mat Sabu ni, PAS tidak ada pengikut yang boleh memenangkan PAS di mana mana PRU kecuali di negeri Kelantan. Tanpa DAP.

Sebab itulah dia menggesa agar hubungan politik yang kian tegang agar segera di luruskan. Supaya tidak putus, nanti tidak berguna satu sen pun.

Rupanya PAS bukan siapa siapa, pengikutnya tidak seberapa. Sedang elemen sokongan lah yang amat mustahak di dalam politik. Kalau hanya agenda yang mega, apa cerita. STAR pun boleh buat. Tapi hakikatnya tidak ada yang berlaku.

Ini kali lah kita dapat mendengar pengakuan yang telus ikhlas dari pemimpin PAS, bahwa mereka lemah tapi disembunyikan. Dan hudud adalah gerakan mee segera untuk menyelamatkan PAS. Itu saja.

Cabaran keras sebelum ini dari pemimpin PAS, supaya DAP jangan mencampuri hudud yang menjadi agenda mereka, hanyalah retorik politik. Cuba mengacah tapi tidak di takut.

Padan pun DAP berani bertikam lidah, malah mencabar. Kalau mahu melaksanakan hudud dipersilakan keluar daripada PR. Himmmmmmm

Amat memalukan bangsa Melayu.

Klik link dibawah, artikel ini yang kita kritik :-

 PAS DAP perlu segera selesai krisis  


No comments: