Friday, March 13, 2015

Cabar Rafizi Buat Laporan Polis Khusus Terhadap Jho Low

Rafizi ni terlalu ramai yang dia mahu tumbangkan. Terdahulu PM sekarang TPM.

Nampak sangat gelojoh, tembak satu satulah. Kamu orang tahukah kalau memang beliau bijaksana tidak dia mempersoal sangat pemimpin UMNO yang masih memiliki ramai penyokong, walau apa pun yang terjadi.

Tapi itu Taek Jhi Low yang Rafizi wajar pusing ketat ketat. Menurut perkhabaran di satu portal, Jhi Low menafikan sekeras kerasnya yang dia bukannya mastermind atau berkepentingan peribadi keatas kewangan 1MDB. Dan dia sanggup tampil jika disarankan berbuat demikian. Demi memuaskan hati semua pihak.

Dia berpendapat, sekarang ini dia seolah olah di heret kelapangan politik oleh pembangkang. (ia betullah sebab yang kecoh mendedahkan 1MDB ialah pembangkang)

Ertinya ada orang lain yang terlibat di dalam mengatur gerakan sama ada dari luar atau dalam 1MDB.

Jadinya beri tekanan kepada Jhi Low supaya tersembur siapa saja individu terbabit. Bukannnya menggigit sampai putus pemimpin pemerintah yang masih memiliki sokongan. Himmm

Kita cabar Rafizi agar membuat laporan polis khusus terhadap Jhi Low sebagai mastermind kepada konflik yang dihadapi oleh 1MDB.? Tujuannya supaya berlaku "perang" antara Jho Low dan Rafizi.

Sebelum ini ada khabar yang kita dengar yang Rafizi akan membuat laporan polis, sedang menurut perkhabaran Jho Low hanya diletakkan sebagai orang tengah, bukan suspek utama.

Low Taek Jho atau Jho Low adalah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penasihat pelaburan Hong Kong Jynwel Capital, berumur
33, menafikan semua tuduhan penyelewangan duit dan penipuan terhadapnya.


No comments: