Monday, March 23, 2015

Agenda SSKM Belum Berjaya di Tangani

Entry merujuk pada keratan ini.

Saya tidak percaya sentimen alah SSKM telah berjaya ditangani oleh pentadbiran negeri Sabah.

Semakin menular adalah, segelintir masyarakat tempatan berpendapat agenda yang menyerupai SSKM perlu dicetuskan sekaligus di dokong walaupun cukup setakat itu, terkecuali difikirkan perlu. Dengan demikian masyarakat yang terpinggir akan mendapat pembelaan, tidak seperti sekarang agak kurenng.

Hanya menguntungkan kumpulan masyarakat tertentu sebab itulah kata mereka jurang miskin kaya semakin jarak.

Malah kata mereka tanpa agenda yang mengajak masyarakat Sabah menoleh kebelakang akhirnya kita tidak boleh lagi mengenal pasti siapa sebenarnya Bumiputera Sabah. Sebab maklumat peribadi yang ada di pengkalan data, menurut mereka, boleh diubah. Paling tidak diubah atas kertas, lain dihantar lain yang direkodkan untuk mendapatkan keistimewaan.

Perlu ada perubahan drastik yang menguntungkan masyarakat secara keseluruhannya. Tidak perlu wujud sebarang agenda yang menyerupai agenda SSKM bagi mencetuskan perubahan.

Amat memalukan kita sebagai pemerintah yang memiliki segala galanya tapi tidak mampu memenuhi kehendak masyarakat yang selama ini memihak BN. Himmm

Tidak selamanya masyarakat bodoh kayu, hanya menurut perintah mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dan pentadbiran negeri boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi merealisasikannya yang memenuhi semua lapisan masyarakat Sabah.

Dengan itu juga, mengelakkan masyarakat Sabah dari terpengaruh oleh propaganda politik yang tidak sihat.

Jangan hanya melihat agenda yang menyerupai SSKM sebagai ancaman. Tapi lebih daripada itu  anggap saja ia sebahagian daripada tuntutan masyarakat agar ketua pentadbir lebih bijaksana, paling tidak dikelilingi oleh orang orang yang bijaksana.

Mohon pencerahan.?


No comments: