Thursday, March 12, 2015

Bayaran Shafee Abdullah Sebagai Peguam Saiful Ialah RM1 Sahaja.

Telah di dedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebenar jumlah bayaran yang diterima oleh Peguam Shafee Abdullah di dalam mengendalikan kes liwat 2. Hanyalah berjumlah RM1000 (satu ribu sahaja).

Sebelum ini tidak didedahkan tapi selepas menerima desakan dari beberapa pihak dan mendapat persetujuan daripada Tuan Shafee Abdullah sendiri barulah ia di dedahkan kepada pengetahuan umum. Nampak tak.?

Walaubagaimanapun masih ada  dikalangan penyokong pembangkang yang pura pura buta tidak jelas tetap melihat hanya pada pihak lawan. Senang cerita, membelakangkan akal.

Sedangkan kalau sebelum ini ada isu yang memalitkan mereka, mereka cepat cepat merujuk pada sejarah lampau yang pernah di lakukan oleh BN. Supaya ia kelihatan biasa di dalam politik. Himmm.

Tapi kenapa pada kali ini mereka tidak merujuk pada perkara yang pernah memalitkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor sebagai pertimbangkan akal. Anwar hanya menerima gaji sebanyak RM1 (satu ringgit sahaja) sebagai penasihat ekonomi tapi selepas itu menuntut bayaran elaun sehingga RM15 juta.

Tiada seorang pun dari kalangan penyokong pembangkang yang tidak percaya. Logik kah hanya mendapat gaji RM1 sebulan. Akalnya letak dimana.?

Kesimpulannya kalau kita membuat perbandingan antara dua senario diatas jelas bayaran yang diterima oleh Peguam Shafee Abdullah yang lebih logik.

Apa lagi kalau kita rujuk kenyataan Shafie sebelum ini, berdirinya beliau sebagai peguam Saiful adalah atas dasar kemanusiaan. Jadi wajarlah beliau menerima bayaran sebanyak itu, RM seribu sahaja.


No comments: