Saturday, March 21, 2015

Shafie Apdal Menyokong Hudud Kelantan, Sebagai Ahli Parlimen Dari Sabah


Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, jemaah menteri daripada UMNO bersetuju dengan sokongan wakil parti itu terhadap pindaan undang-undang itu.

Beliau berkata, persetujuan itu dinyatakan semasa Kabinet dimaklumkan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pada masa sama ujarnya, UMNO turut bersetuju supaya perkara itu diulas dengan terperinci kepada umum oleh jurucakap yang dilantik parti.

“Kita memang amat setuju undang-undang ini diluluskan kerana ia merupakan hukum Allah yang memerlukan kita untuk memberikan sokongan,” kata Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Tidak ada persoalan kita menentang hukum Allah, cuma dari segi pelaksanaannya perlu ditingkatkan,” jelas beliau pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Royal Agricultural University (RAU) United Kingdom, lapor Bernama.

Pada Khamis, DUN Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.

Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan.

Sumber FMT

Dengan kenyataan Dato Sri Shafie Apdal ini telah secara langsung atau menafikan gesaan Naib Pengerusi DAP Sabah, Chan Foong Hin.

Agar ahli ahli parlimen daripada Sabah dan Sarawak membantah pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 hudud di peringkat Parlimen.

Sila klik link di bawah, berkenaan gesaan Naib Pengerusi DAP Sabah. :

 Lebih Baik Kelantan Keluar Dari Malaysia  


No comments: