Monday, March 9, 2015

DAP Licik Memerangkap BN Sabah



DAP mengusulkan agar dibentuk satu jawatankuasa pilihan di DUN Sabah, bagi mengumpul pendapat masyarakat Sabah mengenai dapatan mereka di dalam Malaysia sejak 52 tahun yang lalu.

Lim Kit Siang menggariskan tiga dasar pembentukan jawatankuasa pilihan DUN, ia meliputi kebebasan beragama, hak tanah adat dan adat istiadat bumiputera Sabah.

DAP juga mengusulkan agar nanti Datuk Salleh Said dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa.

DAP memang bijak mencari ruang politik. Memandangkan sebelum ini Datuk Salleh Said dan Datuk Joseph Pairin Kitingan ada menyuarakan supaya  Sabah diberikan pilihan memerintah  secara sendiri yakni separa autonomi.

Maka itulah mahu tidak mahu terpaksa pentadbiran negeri Sabah menerima usul berkenaan sebab kalau tidak nanti saja Datuk Salleh Said dan Datuk Joseph Pairin Kitingan dinilai sebagai pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.

Jangan main main, sokongan terbuka  pemimpin BN Sabah agar  perjanjian 20 perkara dikaji semula tapi akhirnya tidak berjaya hanya akan merosakkan kredibiliti BN, sebagai parti pilihan masyarakat Sabah.


No comments: