Saturday, March 14, 2015

14 Anggota Keselamatan Indonesia Menceroboh Sempadan Malaysia

Tamparan hebat buat Presiden Indonesia, Jokowi sebelum ini tegas dengan pendiriannya mana mana pihak yang menceroboh sempadan laut negara itu, maka bot mereka akan diletupkan.

Nah hari ini dilaporkan, 14 anggota keselamatan Indonesia menceroboh masuk sempadan Malaysia. Dipercayai anggota keselamatan yang lengkap bersenjata.

Kejadian berlaku di Pulau Sebatik, Tawau. Tujuan kedatangan anggota keselamatan jiran berkenaan adalah untuk menjejak seorang penjenayah dari Indonesia yang terlepas dari kawalan. Penjenayah yang di jejaki berada dalam tahanan polis Malaysia, sebab itulah mereka disana.

Walaubagaimanapun mereka ditahan oleh pihak keselamatan Malaysia sebab tidak mematuhi syarat malah sebelum mereka tiba, mereka gagal memaklumkan kehadiran mereka pada pihak Polis/kerajaan Malaysia.

Walaubagaimanapun kita percaya, Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi perkara ini akan dapat diselesaikan dengan penuh hikmah.

Kesimpulannya kalau masyarakat tempatan menghormati kehadiran masyarakat dari negara jiran, maka hormati pula masyarakat tempatan.

(Pun begitu kita percaya siasatan lebih lanjut perlu dilakukan sebab ia telah melibatkan penggunaan senjata apa)


No comments: