Thursday, March 19, 2015

Kadir Jasin Baik Buat Diam Pasal PM

Kadir Jasin

Membaca beberapa kenyataan dari Kadir Jasin, bekas ketua editor New Strait Times. Apa yang beliau katakan bukannya isu politik tapi lebih kepada peribadi supaya PM Najib Razak secepatnya berundur.

Mengangkat 1MDB dan perlaksanaan GST sekaligus mengaitkannya dengan Dr M dan Ku Li, sebelum ini TPM pasal dana 1MDB adalah sandaran kekuatan penulisannya. Supaya lebih diyakini.

Tadi tidak mengapa itu juga hak beliau sebagai masyarakat politik.

Kalau benar PM Najib Razak gagal mentadbir Malaysia ekoran timbulnya beberapa isu yang melibatkan beliau, maka perlu hadir seorang individu pemimpin yang selayaknya tampil bagi mempersoal kepimpinan Najib.

Selepas itu barulah mana mana jentera atau masyarakat politik pro BN boleh memulakan langkah. Selagi individu yang di kehendak yang terdiri dari TPM dan Naib Naib Presiden tidak bersuara itu bererti PM Najib Razak masih relevan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jadinya mana mana pihak sebaiknya berhenti saja dari terus mempersoal Najib Razak dan kaitannya dengan kelangsungan BN.

Kalau mahu tahu, kehangatan kerusi Presiden parti sebagai Perdana Menteri Malaysia. Nah tunggu saja tibanya di Pemilihan UMNO yang akan datang. Ada bakal banyak percaturan yang akan memeningkan. Itupun kalau ada.

Buat masa ini mari pakat pakat menyokong kepimpinan Najib Razak. Siapa tahu akan membuahkan hasil sekaligus akan menguntungkan masyarakat secara keseluruhannya. Yang selama ini terpinggir akan terbela, sebelum ini orang yang belum jadi manusia akan terbina.


No comments: