Monday, March 9, 2015

Kedudukan PM Najib Razak Masih Kukuh

Ada PM Najib Razak membuat perjumpaan tertutup bersama Ketua Ketua Bahagian bagi memberikan penjelasan pasal 1MDB.

Selain memberikan kefahaman mengenai 1MDB, tujuan perjumpaan berkenaan adalah untuk menunjukkan kepada pembangkang yang PM Najib Razak masih memiliki kekuatan politik yang disokong oleh pemimpin UMNO yang ada di seluruh negara.

Ketua Bahagian adalah pemimpin yang dilantik oleh masyarakat. Juga mereka adalah pemimpin rasmi yang mendapat kemenangan besar di PRU yang lepas.

Jadi kalau mahu melihat kedudukan PM Najib Razak sama ada tergugat atau tidak, rujuk dulu pergolakan politik di Bahagian Bahagian UMNO, kalau banyak dari Bahagian yang bergolak itu petanda kedudukan PM Najib agak rapuh tapi kalau sebaliknya nah elok saja politik pembangkang duduk diam. Tunggu saja PRU yang akan datang. Tidak usahlah susah susah bagi menyarankan agar PM berundur.

Propaganda 1MDB belum mampu menggugat kedudukan PM Najib Razak.

Apa yang perlu dilakukan oleh PM Najib Razak selepas ini ialah rangka strategi baharu untuk bagaimana  mendapatkan keuntungan selepas pelaburan yang dipersoalkan. Usah peduli momokkan pembangkang.


No comments: