Monday, March 23, 2015

Rafizi, Bubar BN Kalau Tidak Konsisten.?

Rafizi kata, Datuk Seri Najib Razak mesti membubarkan BN kalau nanti pendiriannya tidak jelas akan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan.

Memandangkan kata Rafizi, pendirian pemimpin pemimpin BN dari konteks hudud PAS juga masih belum konsisten.

Wah, semuanya dipulangkan kepada BN. Begitu mudah.

Persoalannya siapa yang memperkasakan PAS hingga mendapat kemenangan di PRU.? Bukan kah mereka PKR dan DAP. Bila senjata makan tuan yang salah tetap BN, begitu.?

Kalau bukan UMNO dimana majoriti penyokongnya beragama Islam, lalu siapa lagi yang selayaknya mendokong hudud bawaan PAS di negeri Kelantan.?

Ini PKR harus faham, jangan semuanya diukur dari sudut politik semata-mata. Nanti tidak lama Tuhan turunkan bencana. Himmm

Yang sepatutnya dilakukan oleh Rafizi ialah keluarkan PAS daripada PR. Sebab PAS secara terang melaksanakan hudud sekaligus melanggar persefahaman mereka di dalam PR.

Kalau pun pendirian BN tidak konsisten, ia bukannya kerjasaman politik tapi lebih kepada usaha memartabatkan hukum Islam yang diketuai oleh PAS dari konteks Islam di negeri Kelantan.

PAS juga satu hal, macam tidak ada maruah. Tetap terhegeh hegeh, macam orang yang tamak. Tidak mahu berkorban, malah pula macam perlakuan seorang pembelot. Cabut saja daripada PR dengan itu PKR dan DAP tidak lagi berhak mempersoal pergolakan politik PAS itu sendiri.

Nyatakan pendirian, kalau PKR dan DAP berterusan menyerang UMNO, maka langkah dulu mayat PAS. Barulah pengorbanan UMNO nampak dihargai.


No comments: