Friday, March 20, 2015

Empat Pendatang Tanpa Izin (PTI) Mati Lemas.

Mati lemas dari bersembunyi

Benar tu, hari ini ada operasi besar besaran oleh Esscom bagi menangkap pendatang tanpa izin (PTI) yang berada di sekitar bandar Lahad Datu.

Kerana terlalu takut ada PTI  yang bersembunyi di bawah air laut yang berlumpur menyebabkan empat dari mereka mati kerana lemas.

Pastinya mangsa berkeinginan tinggi untuk tinggal di Malaysia kerana mungkin faktor keharmonian memudahkan mereka mencari kelebihan atau kerana mereka mempunyai ahli keluarga yang telah menjadi warganegara Malaysia. Pokoknya mereka sanggup mati asal jangan dihantar pulang ke negara asal. Agak tragis

Sebelum ini pernah saya mendapat masej dari mereka PTI, mereka sanggup direkrut sebagai benteng hadapan di dalam memerangi pengganas/penceroboh. Sangat bersemangat menjadi warganegara Malaysia dalam masa yang sama dapat membersihkan nama bangsa mereka dari terus terpalit sebagai bangsa yang sering dikaitkan dengan kejahatan.

Benar tu kejahatan milik individu bukannya kaum bangsa.

Kalau PTI yang diburu berkenaan dari kalangan mereka yang budiman, maka rugilah kita dari memiliki modal insan yang boleh merangsang ekonomi setempat. Sebaliknya sangat menguntungkan kalau mereka terdiri dari individu yang jahat, yang pastinya perosak kepada masyarakat tempatan.

Dalam hal ini tidak ada pihak yang boleh disalahkan. Tapi banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Di antaranya :-

Pada mereka masyarakat jiran yang ingin menjadi warganegara Malaysia ikutlah peraturan yang telah di tetapkan. Pastikan juga berurusan dengan orang yang benar di dalam mendapatkan keterangan diri yang sah.

Kita tahu, ada banyak sindiket haram yang menjual keterangan diri dengan sengaja mengenakan bayaran yang sangat mahal.

Ada pula, kuota dokumen yang sepatutnya milik mereka yang telah lama menetap di Malaysia dijual pula pada orang lain walaupun individu berkenaan baru sehari di Malaysia hanya kerana menerima bayaran yang lebih mahal. Maka itulah ada kalanya seseorang yang telah lama di menetap di Malaysia tapi masih belum memegang keterangan diri yang sah. Hak mereka menjadi milik orang.

Hanya Allah yang tahu, pembalasan itu bukan macam pedasnya lada, di makan terus terasa. Lama tu baru berbalas. Ingatan pada kakitangan agensi yang terpalit tapi tidak bertanggungjawab. No money no talk, himmm


No comments: