Semakin tidak masuk akal, sebelum ini para pemimpin pembangkang memakai serba hitam di sidang Parlimen dan yang terbaru sengaja membotakkan kepala dengan harapan Anwar akan di bebaskan.
Benar kerja kurang cerdik diatas tidak berlaku saja saja mesti ada yang tidak kena.
Tapi begitu juga dengan hukuman yang telah dijatuhkan keatas Anwar, ia telah melalui proses kehakiman berdasarkan bukti hujah malah hukuman yang dikenakan ada termaktub di dalam perlembagaan.
Selepas keputusan diketahui, siapa yang sepatutnya akur. Mahkamah kah atau mereka yang semata-mata tidak berpuashati tanpa alasan yang jelas.?
Contohi negara Indonesia. Presiden Jokowi berkeras akan mempertahankan keputusan sistem kehakiman di negara berkenaan yang telah menjatuhkan hukuman mati terhadap dua warganegara Australia sebab sabit mengedarkan dadah. Tapi mendapat bantahan dari pentadbiran Australia.
Ingin saya maklumkan. Bukan hanya sabit kerana berlaku di Indonesia semata-mata tapi dadah yang dijadikan bahan bukti di bawah ke Australia dari Indonesia. Ertinya sepatutnya pemerintah Australia tidak mempersoal hukuman mati sebab andai dadah berkenaan terlepas sudah tentu akan merosakkan ramai penduduk Australia.
Maksudnya keputusan mahkamah adalah benar demi kebaikan umum. Tidak mengira siapa dia. Jangan persoalkan apa lagi kes telah melalui proses yang jelas.
Tuesday, March 10, 2015
Memakai Baju Hitam Dan Membotakkan Kepala Kerja Adalah Sia Sia
Labels:
jalinanpolitik,
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment