Sunday, March 8, 2015

Juga Tidak Bersetuju Dengan Joseph Pairin Kitingan, Ekoran Salleh Said



Datuk Salleh Said melalui blognya  ingin mengurangkan cengkaman Federal terhadap pentadbiran negeri. Senang cerita meminta Sabah diperintah sendiri, walaupun tidak sepenuhnya. Adeh

Kenyataan atau kehendak pentadbiran negeri Sabah melalui Salleh Said berkenaan telah mendapat reaksi positif daripada Joseph Pairin Kitingan. Beliau bersetuju agar wujud pentadbiran separa autonomi. Dengan itu kata mereka sebarang keputusan tertentu boleh diputuskan dengan kadar yang segera, tanpa campurtangan Federal. Seperti mana kuasa yang ada pada Ketua Pengarah Pendidikan negeri Sabah, boleh meluluskan sehingga nilai 5 juta. Himmm

Sekali lagi kita tidak bersetuju. Sebenarnya apa yang dihadapi oleh masyarakat Sabah tidak disebabkan oleh pentadbiran Federal yang dianggap sebagai penghalang  tapi disebabkan oleh sikap sebahagian pemimpin dan pegawai pegawai kerja yang ada di dalam pentadbiran negeri. Satu satu perkara telah diputuskan terlebih dahulu tanpa melalui proses yang betul. Ertinya kehadiran masyarakat yang ingin terlibat hanyalah sarat bagi mengaburi proses yang kononnya telus.

Di andaikan dua pemimpin ini tidak percaya dengan kenyataan admin. Sebaiknya mereka bertanya pada komuniti atau masyarakat yang ada di sekeliling mereka. Pasti masyarakat akan menjawab "semua himpitan ini kerana kalian pemimpin yang sengaja tidak mencampurinya supaya mendapat pertimbangan. Yang  hanya kalian tahu ialah mempolitikkan kesetiaan  untuk kepentingan diri. Hasilnya kehidupan kami sebagai masyarakat Sabah kekal macam orang yang belum merdeka"

Secara tidak langsung, kemiskinan sebagai senjata politik nampaknya sengaja di relevankan demi survival politik. Betul tidak, jadi jangan salahkan Federal. Masyarakat ini sudah terlalu bijak untk dikelirukan.

Masyarakat tahu, pemimpin negeri yang lemah sistem pula yang dipersalahkan, yakni Federal.

Dibawah ini juga saya berikan contoh kelemahan tadbir yang akhirnya melemahkan BN. Ada sekumpulan individu yang dulunya berusaha gigih menjatuhkan BN tapi pula mendapat banyak keistimewaan hasil dari pentadbiran negeri, selepas PRU di tentukan. Berbanding penyokong totok BN atau saja masyarakat Sabah secara keseluruhannya, hanya mampu merasa kebodohan mereka. Alahai

Peluang berekonomi hanya dibolot oleh kumpulan kecil yang berpengaruh terutamanya mereka yang rapat dengan pentadbiran negeri. Sebab itulah walaupun sistem tadbir, kita nampak "telus"tapi tidak mendatangkan kebaikan atau tidak dirasa oleh masyarakat itu sendiri. Hanya saki baki yang sampai kepada masyarakat ramai, adapun induknya tetap milik mereka sebagai kroni negeri.

Manjang kroni yang untung, walhal orang lain juga punya nafsu duniawi sama seperti mereka. Tidak usahlah terlalu memusing.

Jangan pula lupa catatan sejarah ya, kenapa Sabah tidak mempunyai Sultan selepas era kesultanan Sulu. Ia adalah takdir yang telah ditentukan supaya masyarakat tidak berbunuhan hanya ingin berada di atas melebihi kaum kaum yang lain. Tapi ada pula ura ura mahu Sabah diperintah sendiri, separa autonomi.? Alahai

Apa yang perlu dilakukan ialah bagaimana pentadbiran negeri menyikapi kehendak masyarakat Sabah. Terbuka, mendengar kritikan selepas itu berusaha untuk membetulkannya. Jangan dengan  sengaja mengalihkan perhatian masyarakat Sabah kepada Federal yang tidak pun berkaitan.

Perlu pihak yang berkenaan tahu, pertambahan kerusi Pembangkang di negeri Sabah bukan kerana tuntutan autonomi tapi perhatian dari pentadbiran negeri yang tidak memenuhi kehendak rakyat. Sedang hakikatnya pentadbiran negeri boleh melakukannya.

Ditegaskan sekali lagi, buat masa ini kita tidak menyokong pentadbiran separa autonomi yang di cadangkan  di dokong oleh Salleh Said dan Joseph Pairin Kitingan. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah berikan kekuatan  kepada pemimpin pemimpin Sabah yang berstatus Menteri sepertinya Dato Sri Shafie Apdal  sebagai pemimpin dari Sabah yang terlibat dengan pentadbiran Federal, supaya dengan itu Sabah mendapat perhatian yang lebih berbanding sekarang.

Klik link dibawah yang merujuk kenyataan Salleh Said sebelum ini.

 Menolak Cadangan Salleh Said  


No comments: