Tuesday, March 24, 2015

Zairil, Haji Hadi Wajar Di Singkirkan.



Menurut Zairil Khir Johari, ada tujuh dalil kenapa Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang perlu di singkirkan. Menjelangnya pemilihan PAS pusat 2015/2017.

Dalil yang dimaksudkan ialah kawasan Parlimen dan DUN yang dipertandingkan sewaktu PRU13. Seperti dibawah :-.

Parlimen Labuan
DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang)
DUN Kota Damansara (Selangor)
DUN Pantai (Johor)
DUN Kota Putera (Terengganu)
DUN Bukit Besi (Terengganu)
DUN Seberang Takir (Terengganu)

Tujuh kawasan yang dipertandingkan diatas sepatutnya dimenangi oleh PKR tapi tewas sebab PAS turut bertanding walaupun telah dipersetujui, PR hanya meletakkan calon daripada PKR. Ertinya Tuan Guru Haji Hadi Awang lah bertanggungjawab atas kekalahan itu.

Pendedahan yang sangat tidak bertanggungjawab. Kenapa sebelum ini di diamkan, kenapa baru sekarang. Setelah hudud dalam proses untuk dikuatkuasakan.

Bukan begini parti yang kononnya membela nasib rakyat, sebaliknya menipu di awal perjuangan.

Kamu penyokong pembangkang, tidak merasa dikhianat kah.?

Kalau diibaratkan semua penyokong PR adalah tentera perang yang tewas, samalah mereka dengan katak yang mati di tengah jalan.

Peliknya sebelum ini, ada kita mendengar kenyataan politik dari pemimpin pemimpin PR, konon mereka di dalam PR saling memahami, macam bapa dengan anak.
Setiap persoalan akan dibincangkan tapi masing masing ada visi dan misi yang tersendiri, hingga sanggup tikam dari belakang. Himmm

Kalau begitu selayaknya lah, PAS dipinggirkan oleh semua parti politik, termasuklah UMNO.? Terkecuali selepas ini PAS tunduk akur mengikut kehendak DAP, menarik balik perlaksanaan hudud di negeri Kelantan. Baru boleh pakai. Hehehe

Apa mahu jadi dengan Melayu DAP ni, sanggup jadi tali barut kepada DAP. Kenapa landskap PR berkenaan tidak didedahkan oleh Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.? Nah sebabnya risau mereka di iktiraf sebagai pemimpin yang menipu rakyat, dengan itu mereka kononnya kekal sebagai pemimpin pembangkang yang berintegriti.

Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera. Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP


No comments: