Ini tuduhan liar yang sangat tidak jelas, siapa sebenarnya individu berkenaan. Maksud saya ahli UMNO dan Ketua Bahagian mana. Bekas PTI dari negara mana. Indonesia, Filipina atau saja Pakistan, mana dia.???
Pada satu forum integriti yang diadakan di Kota Kinabalu, seorang ahli forum mengutarakan, dakwanya di Sabah seorang PTI boleh menjawat Ketua Bahagian UMNO. Dan ia telah menarik perhatian para peserta malah perhatian dari pemimpin tempatan Sabah.
Dalam pada itu Datuk Salleh Said, ahli panel forum berjanji akan menyelesaikan persoalan ini tidak mungkin katanya seorang PTI boleh menjadi ahli UMNO apa lagi menjawat jawatan Ketua Bahagian UMNO.
Pada pendapat admin, tidaklah ia menjadi soal, apa yang penting ada ia memegang status kewarganegaraan yang sah.
Ingat, Allah yang menentukan rezeki masing-masing.
Apa yang penting selepas ini, masyarakat mengharapkan agar individu pemimpin berkenaan bekerjalah dengan penuh rasa tanggungjawab, berikan kesaksamaan pada semua lapisan masyarakat melangkaui ahli keluarga. Tidak selamanya ahli keluarga di dahulukan, orang luar lebih berhak.
Ertinya kalau masyarakat tempatan boleh menerima kehadiran mereka, hormati pula masyarakat tempatan. Jangan malah lupa diri, cakap bukan main tinggi, sombongnya bukan main. Tidak ingin terlibat dengan sosial masyarakat, hanya tahu mengaut untung.
Adab yang budiman datang dari diri itu sendiri.
Saturday, March 21, 2015
Ketua Bahagian UMNO, Seorang PTI.?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment