Thursday, March 19, 2015

Kenaikan Tambang Bas Awam.

Draft ini kita buat di awal pagi sambil pekena sebatang rokok. :-)

Hari ini kenaikan harga tambang hampir semua jenis pengangkutan akan diumumkan, termasuklah tambang Monorail. Sekarang tambang Monorail dari Bukit Bintang ke Chow Kit ialah RM1.60

Di Sabah harga tambang teksi kebanyakannya sedia mahal tidak dikawal. Pemandu yang menentukannya. Tidak terkecuali pemandu di bandar utama sepertinya Kuala Lumpur.

Jadi kita tunggu berita lanjut yang bakal diumumkan oleh SPAD.

Nah sebentar tadi tambang teksi dan sewaktu dengannya telah diumumkan, rasanya telah naik.

Tindakan yang bijak dari konteks perlaksanaan GST, supaya tidaklah nampak sangat yang GST akan membebankan masyarakat. Kenaikan tambang perkhidmatan pengangkutan adalah disebabkan oleh faktor kos penyelenggaraan yang meningkat dari masa ke semasa.

Kenaikan kadar tambang yang di tetapkan oleh SPAD ialah seperti berikut. RM25 sen setiap 200m, berbanding kadar 10 sen setiap 115 meter sebelum ini. Manakala kadar RM3 yang dikenakan sebagai buka pintu teksi dikekalkan.

Kadar tambang bas ekspres pula akan meningkat 22.6 peratus, dari 9.3 sen sekilometer kepada 11.4 sen sekilometer.

Pengusaha perkhidmatan pengangkutan juga sejenis rakyat yang berhak mendapat keuntungan hasil daripada pembangunan negara.?
Peliknya betul kata seorang ahli Group Whatapps, tapi kenapa tarikhnya bersamaan dengan tarikh GST dilaksanakan, bukan kah ia akan menambah beban masyarakat.?


No comments: