Sunday, March 15, 2015

Pesawat Jupiter Milik Indonesia Terhempas.

Pasukan pesawat Jupiter dari Indonesia terhempas ketika menjalani latihan aerobatik sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 (Lima'15) di sini, sebentar tadi.

Dipercayai pesawat berkenaan telah berlanggar sesama mereka sebelum menjunam ke kawasan perkampungan yang berdekatan dimana latihan diadakan. Dipercayai ada orang kampung yang tercedera juga telah menyebabkan satu rumah terbakar.

Kejadian itu melibatkan dua pesawat Jupiter. Tiada jiwa terkorban ketika kejadian.


No comments: