Sunday, March 8, 2015

Ayoh Bersikap Profesional Terhadap Semua Lapisan Masyarakat

Mengikut statistik berdasarkan bangsa mengikut parti, negeri negeri di pantai barat Semenanjung berada dalam genggaman DAP, hampir 75%.

Tapi gerak kerja jentera politik UMNO terutamanya orang muda tetap berdiri seperti orang kenamaan. Kawan, kalau juga  jawatan yang di sandang bukannya berstatus Menteri tidak usahlah berprotokal seperti orang yang berjawatan. Bergaul saja dengan pelbagai lapisan masyarakat, sebab hanya masyarakat bawahan itu yang mampu menyelamatkan UMNO/BN. Tapi jangan hanya bergaul semata-mata, menempiaskan air liur. Atau menghunus keris tidak tentu pasal. Harus ada gerak kerja yang jelas yang boleh merubah sosioekonomi mereka, tukar mereka menjadi "manusia".

Jangan selamanya bergantung pada polisi pentadbiran Federal di dalam mengekalkan kekuatan UMNO dan jawatan yang di sandang itu sendiri. Nanti orang ingat kalian dari spesis dua alam. Kurang itu tidak malu menabik dada. Alahai

Masyarakat sedar tu yang mana kewajipan sebagai pemerintah dan yang mana kewajipan sebagai pemimpin/jentera. Bukan kah pelik, jentera yang tidak seberapa tapi pula terlibat di dalam menentukan dasar masyarakat. Himmm

Ayoh, bersikap profesional terhadap semua lapisan masyarakat.!!!


No comments: