Wednesday, April 1, 2015

Hormat Masyarakat Tempatan, Elakkan Sentimen.

Hiasan tapi sedikit berkaitan.

Ini yang kita tidak suka. Ini bukan soal bangsa yang sengaja dianiaya lalu terpinggir tapi bangsa atau kaum berkenaan yang tidak bersatu akhirnya terpinggir. Macam individu yang tidak jelas, suka berbicara soal hak yang sangat memerlukan kebijaksanaan dan sanggup berkongsi hak tanpa prejudis.

Walaubagaimanapun, suka kita ingatkan, kalau masyarakat tempatan boleh menerima kehadiran masyarakat jiran maka hormati pula masyarakat tempatan. Ingat dokumen kewarganegaraan tidak lebih dari hanya sebentuk kertas yang tidak berharga berbanding nilai jati diri yang tidak boleh dijual beli. Bukan kah perlembagaan boleh digubal mengikut keperluan semasa.

Pokoknya mesti kok belajar menghormati hak yang berhak selepas itu hak sesama tanpa mengira jenis bangsa dengan demikian kesejahteraan yang ada akan terjamin sampai bila bila.

Jangan malah, mereka awalnya pendatang pula yang mengetuai masyarakat tempatan, apa lagi di peringkat komuniti. Kalau keadaan ini tidak dikawal, jangan hairan kalau sentimen perkauman boleh tercetus. (Akhirnya akan tercetus, jangan main main jadi elakkan)

Tuhan telah mentakdirkan bahawa kaum atau bangsa tertentu adalah penduduk asal satu satu tempat, jadi akui saja ketentuan ini. Tidak pun masyarakat tempatan menghalang mana kaum bekas pendatang mencari kelebihan ekonomi. Tapi biarlah pula sosial politik dikuasai oleh masyarakat tempatan. Kalau semuanya lah di bolot, orang yang sangat beriman pun pandai meradang. Himmm

Kita sedar sentimen seperti mana gambar sedang rancak di canang. Tujuannya untuk mengurangkan kekuatan BN di negeri ini. Himmm

Tapi jangan risau bilangan yang rasional seperti diri masih ramai. Apa yang penting ialah letakkan hak pada tempatnya. 😉


No comments: