Saturday, April 4, 2015

Pindah Barang Sebelum Bakar Kali Ketiga.?





Tadi kan sekitar jam 6pm berada di jeti umum berdekatan rumah rasmi DO Semporna. 

Kelihatan komuniti Kampung Bangau Bangau  memindahkan barang mereka ke rumah keluarga yang berada di darat untuk diselamatkan.

Pada sebelah malam pula sekitar jam 11pm, saya kawasan Sekolah Kampung Bangau Bangau, wah rupanya ada ramai komuniti Kampung tidur di sana bersama barang mereka.

Untuk makluman sebelum kejadian bakar pagi semalam, memang komuniti Kampung ada mendengar satu ugutan  kebakaran 25hb Mach bagi tujuan membalas dendam. Sebab kononnya tiak berpuashati. Himm

Sebahagian komuniti mengindahkan nya lalu mereka memindahkan barang mereka ke pulau Bangau Bangau, Sekolah SK Bangau Bangau. Sebahagian lagi tidak risau. Himm

Tapi selang beberapa hari yakni pada  pagi 03hb April kebakaran kali kedua ada berlaku. Sebanyak 30 rumah menjadi mangsa kebakaran.

Dan pada kali ini, mereka berazam untuk menyelamatkan keluarga dan harta benda mereka. Paling tidak siang mereka di rumah malam ke kawasan Sekolah.


No comments: