Saturday, April 4, 2015

Kampung Bangau Bangau Terbakar

Semporna 25hb Mach 2015. Kampung Bangau Bangau yang terletak di pinggiran  darat tanah besar daerah Semporna bersempadan dengan Kampung Panji telah terlibat dengan satu kebakaran besar.

Kejadian berlaku sekitar jam 2am  yang telah membakar sebanyak +-300 unit rumah komuniti.

Dikenal pasti kebakaran bermula  dari rumah Ketua Kampung. Api  merebak dengan cepat sebab rumah Ketua Kampung berdekatan dengan kedai runcit yang menjual Gas masak dan Petrol.

Walaubagaimanapun kebakaran berjaya di hentikan selang 40 minit dengan bantuan masyarakat kampung, termasuklah bantuan daripada diri walaupun sikit. He

Ini PTI daripada Pakistan memang tidak boleh pakai macam penonton bola. Begitu dengan segelintir PTI yang berasal dari seberang pun begitu mereka lebih baik dari PTI Pakistan. Tapi lagi parah komuniti tempatan, kalau mereka bersekutu boleh tu kesan kebakaran dikurangkan.

Peliknya sepatutnya kerja mengawal kebakaran tugas anggota bomba. Tapi tidak berlaku, kalau pun tidak berkeupayaan beri pam air, lepas itu biar orang kampung yang memadamkan api. Apa lagi air laut pada ketika agak tohor boleh tu anggota bomba datang ke tempat kebakaran untuk memberikan sebarang alat memadam.

Tapi ini tidak, terpaksa orang kampung menimba air masin dengan menggunakan baldi, jadi lambatlah, sempat lagi api bermaharajalela. Himmm

Sebelum ini ada Datuk Seri Shafie Apdal membekalkan pam air untuk kegunaan masyarakat kampung dan telah diserahkan pada JKKK tapi semasa kebakaran tidak pula pam berkenaan kelihatan. Kena jual. Hehe

Mangsa kebakaran di tempatkan di Dewan Kampung Bangau Bangau, sebahagian lagi di Bangunan Belia Semporna. Ada juga yang tinggal di rumah anak saudara yang terselamat dari kebakaran. 

Yang sangat mengecewakan admin ialah keterlibatans dan rasa tanggungjawab Ketua Kampung, JKKK yang berbilang bilang dan Ketua Ketua agensi tertentu semasa kebakaran tidak nampak apa yang mereka lakukan selain turut melarikan diri dan duduk diam. Himmm

Walhal kebobrokan ini datang dari kebebalan mereka. Kedudukan rumah yang tidak teratur datang daripada mereka, kegiatan syabu yang tidak terkawal hingga memalitkan ramai individu juga datang daripada mereka. Dan individu yang menyebabkan kebakaran ini adalah individu yang terpalit dengan penyalahgunaan dadah. Membakar rumah ekoran permintaan yang tidak di penuhi, inilah punca kepada berlakunya kebakaran.

Tapi kalau bab projek, lebih pantas daripada kilat. Walaupun pada hakikatnya mereka bukan siapa siapa. Himmm

Dikhabarkan esok pagi bersamaan 26hb Mach 2015, tapak kebakaran akan di lawat oleh Dato Sri Shafie Apdal.


No comments: