Saturday, April 4, 2015

Kebakaran Kampung Bangau Bangau Selepas 25hb Mach



Ini kebakaran kali kedua...... Mulanya angkara cucu Ketua Kampung sekarang anak bekas JKKK adik kepada JKKK ganti. Himmm

Dipercayai tertuduh membakar rumah   dari bawah kulung yang terletak di perumahan yang terselamat dari kebakaran pertama.

Sejauh mana perkara ini menjadi perhatian pemerintah, mari kita tunggu dan lihat. Sebab sistem not work.

Bila saya kata sistem not work, ertinya ia meliputi masyarakat sivil yang tidak wujud. Sebab itulah ada pelbagai kebobrokan sosial yang kini menghantui masyarakat. Tidak terkecuali agensi keselamatan yang tidak memberikan kesan, malah sebenarnya penyumbang kepada kebobrokan. Siapa masyarakat yang kisah akan perkara ini.? Tiada.

Sejujurnya saya banyak menulis mengenai ini yakni kebobrokan sosial yang tidak mendapat peduli dari ramai masyarakat. Sebab mungkin belum kena batang hidung setiap dari kita. Sedangkan kesan dari kebobrokan sosial, amat luas melangkaui batasan negeri. Dan tidak mustahil pada suatu hari akan memalitkan salah seorang daripada ahli keluarga kita. Siapa yang tahu? , sebab waktu itu kita mungkin sudah tiada.

Mengangkat pemimpin masyarakat dari kalangan PTI hanya kerana menjaga kepentingan politik, juga  menyumbang kepada kebobrokan sosial. Setiap kali Yb DUN bertukar setiap itu juga Ketua kampung dan JKKK bertambah. 😆

Begini bha hidup ni, selagi kita bersekongkol menafikan hak mereka berhak hanya kerana tujuan politik, maka akhirnya keberkatan hilang berterbangan.

Jangan ingat, Tuhan tidak nampak akan apa yang kita lakukan, mentang mentang lah ia berkisar soal politik. Himmm

Kalau masyarakat tempatan secara umumnya menerima kehadiran mereka yang datang dari negara jiran, maka hormati pula masyarakat tempatan. Senang, Tuhan bersama yang hak.


No comments: