Monday, April 20, 2015

Sebelum Ini Muhyiddin Sekarang Shafie Terhadap Najib

Dulu ketika Pak Lah jadi PM, begitu mudah beliau mengundurkan diri. Kenapa.?

Yang pasti bukan kerana faktor kritikan pedas semata-mata tapi desakan atau asakan dari pemimpin tertinggi semasa UMNO khasnya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa dia punya maksud tu.?

Maksudnya tu, bukan pasal Dr M semata-mata yang berada di luar parti tapi lebih daripada itu. Ia di dorong oleh apa sebenarnya persoalan yang berlaku, selepas itu sejauh mana penerimaan masyarakat. Akhirnya, yang menjadi persoalan ialah di tahap mana sudah jalan penyelesaian kepada persoalan yang ditimbulkan.

Bila penyelesaian atau penjelasan kepada persoalan seperti mana diatas tidak jelas maka ruang luas akan tersedia, bisa saja berterusan sehinggalah menemui titik penyelesaiannya walaupun dalam paksa.

Kenyataan seolahnya menyokong oleh TPM Muhyiddin dan yang terbaru oleh Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal. Boleh dijadikan petunjuk, setakat mana sudah tahap penyelesaian/penjelasan kepada persoalan yang dilemparkan oleh Dr M terhadap PM Najib Razak. Apa telah  menyakinkan masyarakat atau apa dia.

Tidak juga bermakna dengan itu, dua individu pemimpin diatas telah membuat gesaan rasmi agar PM Najib Razak berundur tapi berupa susulan untuk memuaskan hati masyarakat. Sekaligus usaha mengekalkan sokongan masyarakat terhadap BN.

Suka kita ingatkan, akhirnya semua perbezaan ini akan berakhir dengan kekuatan bukannya perpecahan. Dalam hal ini kita masyarakat pro BN perlu lebih matang, ok.

(Pada entry sebelum ini kita tegaskan, bahwa setiap persoalan yang ditimbulkan perlu diberikan penjelasan yang sewajarnya)


No comments: