Tuesday, April 21, 2015

Kaki Bodek Petualang UMNO

Ahli UMNO baru berjumlah 3.5 juta, jumlah pengundi seluruh Malaysia berjumlah 13 juta. Ertinya yang menentukan kemenangan parti ialah  masyarakat ramai yang bukan ahli parti ialah 9.5 juta.

Peliknya, masih ramai lagi pemimpin atau jentera UMNO yang tidak boleh di kritik.

Walhal, segala persoalan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang lebih kepada kepentingan masyarakat, bukannya organisasi atau ahli UMNO.

Begitu juga dengan kritikan yang datang daripada Dr M, benar kritikan ditujukan kepada pentadbir negara, tapi yang terkesan ialah masyarakat, bukan kah masyarakat yang menentukan kemenangan UMNO.

Terlalu lah kaki bodek mereka yang berkenaan. Era ini berpolitik harus realistik, hadapi persoalan persoalan dengan penuh keberanian.

Terima kelebihan orang lain pada masa yang sama mengakui kelemahan diri. Jangan malah syok sendiri. Harus kepentingan parti diutamakan.

Ini tidak, jangan kan jentera rasmi yang jelas kaki ampuh  walau UMNO berhadapan dengan pelbagai masalah sedang CyberTrooper yang macam kulit limau pun turut sama kaki ampuh, kurang itu macam Tiong . Selepas itu berlagak budiman. Ini sebenarnya puak ni adalah pengkhianat, bukannya jentera parti.


No comments: