Friday, April 24, 2015

Rasionalnya Pendapat Muhyiddin, Shafie Apdal Dan Azwan



Saya ingat apa yang dinyatakan oleh Azwan Bro, tidaklah salah mana. Bukannya kesalahan yang boleh dikategorikan sebagai derhaka terhadap pemimpin atau parti tapi lebih kepada usaha membetulkan persepsi masyarakat terhadap kepimpinan UMNO, itu saja. Seperti mana TPM Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal.

Kematangan berpolitik tidak hanya setia sepanjang masa tapi adakalanya perlu berbeza pada perkara yang jelas silap atau salah. Apa lagi kalau parti itu berhadapan dengan krisis kepercayaan dari masyarakat.

Dengan perbezaan dalam masa yang sama bersikap matang, nanti yang akan mendapat kebaikannya ialah UMNO. Matang dalam erti kata yang sebenarnya. Tidak seperti sekarang, kedengarannya matang tapi cengeng.

Matang tapi cengeng di dalam politik adalah hal yang amat memualkan masyarakat. Masyarakat faham, malah ada kalanya lebih faham dari ahli politik yang tidak seberapa. Contohnya dari konteks kuasa, sepatutnya dengan kuasa yang ada di tangan maka segala kebobrokan yang dihadapi oleh masyarakat dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Tidak macam mencurahkan air diatas daun keladi.

Kepercayaan masyarakat terhadap parti, boleh dirai selepas pemimpin parti bersikap terbuka ekoran krisis yang dihadapi. Lalu tampil dengan penuh keberanian dan kematangan.

Saya menyokong atau bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh TPM, Naib Presiden, Shafie Apdal dan Azwan Bro yang menjurus kepada mencari jawapan. Tapi pula tidak bererti menafikan PM Najib Razak, selagi mana PM tidak sengaja membuat kesalahan. Inilah sikap yang kita perlu ada, bila kita mendengar kenyataan dari pemimpin UMNO terhadap PM dari konteks apa yang dinyatakan oleh Dr M.

Apa yang penting sekarang ini ialah sikap PM Najib Razak dalam mendepani, apa pun kenyataan dari pemimpin UMNO itu sendiri. Dan apa yang berlaku selepas itu.

Akhirnya juga, semua yang berlaku adalah sejenis strategi di dalam politik. Sebab harus diingatkan. Penolakan bukannya masalah, apa lagi di dalam politik, tapi bagaimana kita menghadapinya. Cakap serupa bikin atau apa dia.?


No comments: