Sunday, April 19, 2015

Pemimpin Dan Penyokong DAP Sendiri Tidak Percaya Pada Lim Guan Eng

ALOR SETAR - DAP Kedah mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan parti dengan baik dan efisien.

Setiausaha Organisasi, Law Theng Hooi berkata, kegagalan itu menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggunakan akta pertubuhan untuk menolak dan tidak menerima keputusan pemilihan parti sebanyak dua kali pada 2012 dan 2013.

Beliau berkata, kekeliruan juga timbul apabila berlaku pertambahan lebih 120 cawangan baharu di seluruh negara pada pemilihan 2013 yang masih dalam siasatan ROS.

"Kekeliruan ini masih belum dijawab oleh Guan Eng," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Theng Hooi berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga bersikap pilih kasih terhadap pemimpin DAP.

Penyokong dan penyokong DAP sendiri baru sedar rupanya Lim Guan Eng tidak reti buat kerja. Selain kaki tipu demi mengekalkan dominasinya terhadap DAP.

Peliknya pemimpin PKR dan PAS mahu pula berkerjasama dengan DAP.


No comments: