Tuesday, April 14, 2015

Tiga Naib Presiden UMNO Membantu Di PRK Permatang Pauh

Tiga tonggak utama yang akan membantu di dalam memastikan kemenangan BN di PRK Permatang Pauh 2015. 

Mereka terdiri tiga Naib Presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Hismuddidn akan terlibat secara langsung dalam kempen BN di PRK berkenaan. Manakala Datuk Shafie Apdal akan memikul tugas tugas khas dan Penyelaras kepada perjalanan jentera BN, ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menunjukkan kepada kita bahwa BN sangat  komited dalam memastikan komuniti  Permatang Pauh mendapat limpahan kemajuan hasil daripada pentadbiran BN.

Permatang Pauh terletak di Pulau Pinang yang diperintah oleh pembangkang, adalah antara negeri yang termaju di Malaysia. Tapi yang memelikkan masih ada lagi perkampungan yang belum menerima bekalan letrik.

Itu baru bekalan letrik, belum lagi kelengkapan prasarana yang memangkinkan ekonomi setempat. Himm
Jadi tidak mustahil BN akan mendapat kemenangan. Selain faktor Anwar yang didapati bersalah oleh Mahkamah.

(Ini saja majoriti PKR pada PRU13 11,721)

Dapatan undi calon PKR, Ketua Pembangkang di negeri PR. Hanyalah berjumlah 37,090 berbanding BN agak besar mencecah 25,369. Manakala calon Bebas mendapat 201.

Jauh di sudut hati, PRK Permatang Pauh bukan soal siapa yang menang, tapi lebih kepada ukuran kepada tahap kematangan masyarakat pro pembangkang secara keseluruhannya. Apa mereka sudah celik selepas keputusan Mahkamah atau tetap selesa bersama kegelapan)


No comments: