Wednesday, April 29, 2015

Setuju Dengan Penganugerahan Mantan DO, Master Felding Di Regatta Lepa 2015



Kebudayaan adalah ketamadunan manusia dan tidak pernah berakhir akan terus berevolusi.

Budaya yang kita junjung sekarang ini pun masih dalam proses pengembangan yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhir. Tidak satupun manusia di dunia yang mampu menghentikannya.

Jadinya kan penganugerahan mantan DO Semporna, Master Felding yang berbangsa British melalui pesta kebudayaan Reggata Lepa 2015 adalah sebahagian daripada proses pengembangan budaya itu sendiri. Yang tidak sikit pun mencacatkan budaya Bajau.

Apa lagi beliau bekas kakitangan Pejabat Daerah yang menjawat jawatan DO yang sudah tentu telah menabur banyak jasa pada masyarakat Bajau Semporna.

Jadi tidak timbul isu, kononnya mantan DO Semporna, Master Felding tidak layak menerima anugerah tertinggi dari kebudayaan Bajau Semporna yang disampaikan melalui pesta Reggata Lepa yang diadakan setiap tahun. Hanya kerana beliau berbangsa asing (penjajah).

Sama juga halnya dengan konsep beragama. Tidak semestinya bila seseorang itu telah menganut agama Islam maka secara automatik bangsanya telah bertukar menjadi bangsa Arab. Bangsanya tetap asal, tapi agama telah berkembang. Nampak tak.?

Tidak kah mereka terfikir, kenapa bila budaya barat menjadi sebahagian dari budaya kita, tidak pula ada yang kisah. Sebab kononnya itulah ciri ciri masyarakat moden. Alahai

Tapi kenapa bila masyarakat barat mengiktiraf budaya bangsa yang ada di Malaysia, pula yang dipersoalkan.

Harus masyarakat yang agak berpendidikan itu faham akan proses ini. Jangan jadikan budaya sebagai alat untuk kekal di takuk lama. Sama ada sedar atau tidak.  Himmm


No comments: